CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 20, 2009

Practical posting..


Hari ini merupakan hari yang mendebarkan buat saya dan sahabat-sahabat saya..Penerangan tentang sekolah-sekolah untuk kami berpraktikal bulan 7 ini cukup mendebarkan..Penerangan berlangsung di Al-Ghazali conforence room. Tepat jam 2.05, kemunculan kelibat lecturer yang pernah mengajar saya master dahulu dan pernah 'mengkursuskan' saya di kolej dulu, Dr Zainurin muncul..


Semuanya seolah-olah kaku..Gambaran yang boleh saya berikan ialah ibarat seperti satu pasukan bola sepak yang menantikan kemenangan menerusi sepakan penalti..Semuanya menunggu dengan debaran..Kesempoian Dr Zainurin akhirnya dapat menenangkan ibu yang tidak mahu berjauhan dari suami dan anak, ayah yang mahu melaksanakan tanggungjawab rutin menghantar dan mengambil isteri dari sekolah (sayalah tu..), dan yang sewaktu dengan nya..


Kami dibenarkan untuk berbincang sesama sendiri untuk memilih sekolah di tiga bahagian samaada di Pahang, Kelantan dan Terengganu serta Gombak..Macam saya sudah tentulah ingin berada di Gombak..


Suasana ketika memilih sekolah di ibaratkan seperti suasana di Bursa saham Kuala Lumpur..Bunyi jeritan sekejap-sekejap..(sayalah jugak sebagai ketua incharge bahagian Gombak)..Ada tekanan jugaklah untuk menetukan yelah..ada yang tak datang, ada yang nak sekolah yang takde dalam dalam senarai..Ada yang tengah meleleh air mata, ada yang nak dengan kawan sendiri..Pendek kata, macam-macam adalah...


Akhirnya tepat pukul 4.00, semuanya selesai..Sekarang masa untuk bertawakal ajelah sama ada dapat sekolah tersebut atau tidak..Kawan-kawan semua sama-samalah kita berdoa.


P/S Kalaulah posting yang sebenar macam nie kan seronok..takdelah masalah hati ke hati ye tak..

4 comments:

Anonymous said...

seandainya yang dicatit itu, itulah yang tergapai, kekalutan itu sudah terlerai,

namun noktah sebenar masih jauh untuk digapai ....

yang pasti, debaran menjejakkan kaki ke sekolah pilihan, suatu yang tidak boleh dihiraukan ... apakah pasti yang tergapai itu dilalui dengan 'nusrah dan najah' ?

usaha, bersedia dan berdoalah ...

D'Rimba said...

Jangan lupa lawat blog saya semuanya ada iklan seminar percuma DBP anjurkan juga majlis sastera di Istana Budaya. Jangan lupa hadirkan diri martabatkan bahasa Melayu kita.trabi

JALAN REBUNG said...

salam ijat,

aku doakan hang dapat la area gombak ni ...bila nak pekena teh tarik kat taqwa ni ..

Hiswadi Anuar said...

Salaam Kanpung eden,

Apa kbr?lama sungguh x dgr berita yaa..

tup tup dah nak p practical..

Semoga akan lebih berjaya hendaknya..

Wassalam