CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 30, 2008

Kita nie hamba Allah...

Salammualaikum everybody.. Dah lama tidak mencoret cuma sekarang nie mendapat kembali kekuatan selepas kekusutan menyiapkan article review untuk kelas kelas master..Anyway thank you to Kak Yong sebab mengingatkan saya tentang blog saya yang tidak seberapa nie..Kebelakangan nie saya agak sibuk dengan perangai studentnye, anaknyer, lecturernyer dan sebagainya..Walaubagaimanapun, alhamdulillah saya sahut cabaran nie sebagai perjuangan untuk mencari keredhaannya.

Hari ini saya tertarik untuk berkongi dengan rakan sekalian tentang ilmu yang saya baru perolehi melalui salah sebuah kelas master saya (Survey in Islamic history and philosophy)..Pensyarah saya bernama Dr Yedullah dari India..Seorang yang simple dan bersemangat tinggi..Tidak kisah tentang apa orang kata tentang dirinya.

Ianya berkaitan diri kita, masyarakat kita yang semakin merundum tahap moralitinya, semakin rosak tahap akhlaknya..semakin rosak jiwanya..Bila di utarakan persoalan ini kebanyakan kita menyalahkan individu itu sendiri tanpa ada kaitannya dengan masyarakat sekeliling. Mana mungkin manusia boleh hidup seorang diri di dalam dunia..Ini lah masalah kita dalam masyarakat, sudah mula melupai saudara kita yang lain.

Bagi mengupas masalah ini, Dr Yedullah menyatakan bahawa kita telah menterbalikan istilah diri kita yang sebelum ini sebagai hamba Allah kepada hamba dunia..Kita tidak lagi mempunyai rasa sayang, kasih, hormat kepada orang lain..(Kalau adapun pada orang tertentu, kalau adapun kerana sebab2 tertentu..) Inilah malangnye bila kita menjadi hamba dunia menyebabkan kita menjadi sombong, pentingkan diri dan sebagainya.

Sekiranya kita memilih untuk menjadi hamba Allah, sudah pasti kita sedar tanggung jawab kita. Kita sedar tiada pangkat yang memisahkan kita bersama (Baik Datuk, Tan Sri, Tun, Tuan Hakim, Professor, Dr dan sekutu dengannya...)

Menjadi hamba Allah juga menyebabkan rasa kasih kita terhadap saudara seIslam kita, kawan2 kita yang bukan Islam. Sudah pasti kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.. Saling berpesan atas dasar kebenaran dan saling berpesan atas dasar kesabaran. Secara konklusinya, ini akan mewujudkan semangat persaudaraan yang tinggi dan Insya-Allah sudah pasti jiwa kita tenang sebelum menghadap yang Maha Pengasih Allah S.W.T.

Diharapkan apa yang di coretkan disini dapat memberi semangat kepada saya dan rakan seperjuangan untuk terus memantapkan diri kita sebagai Hamba Allah.

Tuesday, October 7, 2008

Selamat hari raya...

Selamat hari raya to all bloggers..Semoga kita menggunakan kesempatan yang ada nie untuk saling bermaafan antara satu sama lain. Bagi saya bulan Syawal nie jugak merupakan bulan yang mencabar jugak (so jangan ingan bulan Ramadhan jer..) Ye lah mencabar dari erti kata menahan perut dari pada gelojoh makan pelbagai juadah..(kalau gelojoh, get ready serbuk Eno dalam poket), sabar ketika mengeluarkan duit belanja (baik duit hari raya untuk budak2 ataupun duit minyak untuk balik ke kampung atau berjalan raya), mengontrol diri untuk bermaafan dengan kawan2 kita yang kita bermusuh sebelum nie dan sebagainya..

Walau bagai manapun masalah nya gunakan lah kreativiti yang ader untuk menyelesaikan masalah tersebut..Moga-moga kita bergembira bersama di hari raya ini dan jangan berduka lagi..Buang yang keruh ambil yang jernih...

*Kalau boleh untuk bloggers semua moh lah kita mendapatkan hadiah besar dari Allah SWT sempena Syawal nie iaitu berpuasa enam, Insyaallah.....