CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 30, 2008

Selamat...

Salamz semua..dah lama saya menghentikan penulisan saya dan hari ini hati tergerak untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog yang serba merah ini.. Hari ini dalam sejarah..2 perkara yang menyebabkan saya berkata hari ini dalam sejarah..

Pertama, kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang di kasihi..ianya merupakan saat kesedihan buat semua rakyat Negeri Sembilan..Bagi saya sebagai orang Negeri Sembilan yang mempunyai suku sendiri (mengikut adat perpatih) yang sudah tentu sedih turut merasa kehilangan baginda namun sebagai hamba Allah, saya redha atas pemergian baginda..Setiap yang hidup pasti akan pergi. Saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah dahulu..Pada hari Jumaat yang mulia..Tuanku mencemar duli bertandang ke kampung saya yang tak seberapa ini ini untuk menunaikan sembahyang Jumaat bersama-sama rakyat tercinta..Baginda bagaikan tidak kisah walupun kampung saya penuh dengan bom2 hitam..(tahi lembu)..dan masjid yang kecil tanpa air cond..Selepas itu Tuanku mencemar duli sekali lagi santap bersama rakyat di tepi empangan batu kampung saya..Waktu itu seperti tiada protokol, baginda mengambil peluang untuk berbual dan beramah mesra bersama rakyat..Keperibadian sedikit sebanyak mengikuti ciri-ciri khalifah Umar Al-Khattab apabila baginda pernah menyamar sebagai rakyat biasa untuk mengetahui masalah rakyat baginda..Baginda sanggup masuk ke kawasan pendalaman dan berpura-pura menyamar untuk membeli petai dari orang asli semata-mata ingin mendekati rakyat..

Kini baginda telah tiada..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nya..Sedikit sebanyak contoh yang baik dari armarhum Tuanku perlulah di jadi kan contoh terutama sahabat-sahabat saya yang kebanyakkan nya adalah pemimpin..Yang di-Pertuan Besar yang baru, Tuanku Mukhriz Armarhum Tuanku Munawir teruskan usaha baginda memajukan negeri in..Daulat Tuanku!!

Kedua.. ini adalah hari terakhir saya berda di kolej ini..Bagi saya tarikh keramat 2 Muharam merupakan detik2 penghijrahan..Terima kasih kolej ku...Saya akan berhijrah mencari sesuatu yang baru..Akan saya ingati segala kenangan pahit dan manis di kolej ini..Kolej ini mengajar saya bekerja dengan gigih..Masih ingat lagi ketika saya ingin menghadirkan diri ke temuduga de ngan Mr Syamsul Kahar, kenderaan tiada dan saya terpaksa meminjam kereta kawan saya yang sudah uzur dan mempunyai dua warna biru dan silver..Tapi Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran saya dapat bekerja di sini sebagai pensyarah...

Tak dapat di gambarkan kesoronokan bersama-sama sahabat lain waktu itu, di sebelah malamnya main futsal bersama dan kengkadang makan dan minum bersama..Seronok juga bersama sahabat-sahabat yang lain bila tiba time Ibadah camp..hehehe..seronoknya...Buat sahabat semua, terima kasih atas segalanya..

Di dalam kelas juga begitu..kengkadang seronok, kengkadang geram, kengkadang mencuit hati melihat anak murid yang tersayang..Anyway..you all semua di dalam ingatan saya..Teruskan usaha anda kalian..

Buat IIC..selamat maju jaya....

Buat Ejat..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..

8 comments:

JALAN REBUNG said...

salam bro rentap,

Semoga selamat di tempat baru.Kalau ada kelapangan jenguk-jengukla kami kat sini.

Kalau rindu kat aku ..cam biasala masuk la ke blog jalan rebung.

Blogger Boy said...

Let's join mosleemcommunity.blogspot.com

TQ.Wassalam.

Blogger Boy said...

Let's join mosleemcommunity.blogspot.com

TQ.Wassalam.

[SHE] said...

Salam alayk...

Stp manusia pastinya melakukn penghijrahan sama ada scr fizikal ataupun minda. nway, bitaufiq wannajah abadan abada...doakn kejayaan kami ank2 didik Sir di dunia wa akhirat...

ilal liqa'

ZiLL said...

salam..semoga berjaya dalam penghijrahan..

dArkGreY&wHiTe said...

assalamualaikum..

sy hrp sir akn hepi kt tmpt bru..

sy enjoy during class dgn sir..
sy xkn lpa nsihat yg sir da bg kt sy..

moga sir akn sukses selalu..
jgn lpa dtg iic klu de mse..

moga kte akn jmp lg di laen msa dan tmpt..

insyaAllah

dArkGreY&wHiTe said...

assalamualaikum...

sir..sy sdeh bla dpt tau sir akn tgalkan klej ni..

rsa sayu je ati ni..
sy enjoy dpt blaja dgn sir..

u are a great lecturer i ever known..

nshat sir kt sy xkn sy lpa..

gud luck sir..

sy akn doakn sir..

Mr.J said...

Terima kasih kerana "rentap iban" pahlawan iban sarawak yang memang berani.. tidak kurang pula Rosli Dhoby di sibu sarawak satu ketika dahulu.. mereka bergitu berani melawan penjajah.. pernah tercatat di lisan org tua2 di rumah panjang mengatakan Rentap Iban mempunyai begitu ramai pengikut menyelusuri Sg Rajang sehingga ke kalimatan itu ada wilayah Rentap Iban.. begirtu agungnya nama Rentap.

Proub to be Iban .

Regards,
Dayak Iban.

http://bungaipengrindu.blogspot.com/