CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 8, 2008

Hakimi ku sayang..

Hari ini hari Ahad, suma orang lepak kat rumah, berjalan ke sana-sini, shoping dan sebagainya..Tetapi hamba hari ini masih menyetiakan diri berada di kolej tercinta ini untuk bersama berjuang melawan hawa nafsu untuk tidur di siang hari dengan menjaga exam..Hamba menjaga dua paper hari ini sampailah ke pukul 1.30..Kemudian hamba, nak balik tetapi ujan pulak..Jadi sementara menunggu ujan berhenti ini hamba cuba memanaskan key board komputer kak Dha yang tengah sejuk (Walaupun org nyer tengah panas time tu, sabar yer).

Mesti you all kenal ngan budak yang comel dalam gambar ini..Ini gambar anak hamba, Muhamad Amirul Hakimi..Hamba nak kongsi cerita mengenai mainan syaitan yang berlaku semalam terhadap diri hamba yang membuatkan hamba menangis dalam tidur sehingga membuat hamba terjaga..

Semalam hamba tidur agak lewat dalam pukul 3..Memang hamba saje jer nak berjaga sebab nak tengok pasukan kesayangan hamba menentang West Brom..Seronok tul hamba dan rasa puas sebab team hamba berjaya kalahkan West Brom 3-0..Kegembiraan hamba terbawak-bawak sampailah ke tidur..

Hamba berada dalam hutan bersama dengan kimi dan sahabat lain..Tiba-tiba ajer ada binatang buas menyerang..Hamba dan sahabat hamba terus memanjat pokok tinggi2..Hamba terlepas Kimi tapi sahabat hamba sempat menyambutnyer..Kami naik tinggi dan tinggi..Tiba-tiba hakimi terlepas dari tangan sahabat hamba dan terjatuh..Alangkah luluh nya hati seorang ayah apabila melihat anak nya jatuh..Hamba menangis teresak-esak..Sehingga terbangun dari tidur..Hamba lihat Hakimi masih tidur nenyak di sebelah..Hamba tak peduli, hamba terus cium pipi nya puas2..Memang hamba bersyukur time tu sebab semuanya hanya mimpi..

Jam menunjukan pukul 5.00 pagi..ini mungkin hadiah Allah untuk hamba..Hamba terus mengambil wudhu dan solat tahajud..Hati memanjatkan kesyukuran terhadapNya, di atas rahmat dan kasihNya, hamba dan keluarga hamba masih di beri peluang hidup untuk menghadapi cabaran di dunia fana ini..

Hamba dapat mengesan kesilapan hamba tadi yang mungkin menyebabkan hamba di ganggu oleh mimpi ngeri tadi..
1. Terleka seketika mengingati Allah S.W.T-Terlalu gembira menyaksikan bola..
2. Tidur tanpa menyebut namaNya-Terlalu letih kegembiraan dan tertidur
Di atas sebab-sebab ini, hamba yakin ini membuatkan syaitan mudah mengganggu diri..

Diharapkan dari cerita ini kita selalu mengingatiNya kerana kelalaian mengingatiNya akan menyebabkan Syaitan mudah mengusai diri..

5 comments:

[SHE] said...

Salam alaik...

hehehe..sempat lg jenguk blog wpun tgh demam xm...taper...rehatkn kepala otak jap...erm...selalu gak fikir...klu la sy yg student nih sanggup bjaga mlm smata2 nk study utk xm, knp susah sgt2 nk bjaga mlm bmunajat pd dia? [berfikir]...

JALAN REBUNG said...

salam abang rentap,

aku pun jaga exam gak hari ahada ...lagi la dengan budak uum punya exam ..campur ngan jaga intake ..campur ngan budak diploma punue exam ...dari pagi sampai kul 6 tu ..

tapi yang penting nawaitu kena betul ...niat kita kan nak bantu adik-adik nak jadi insan yang cemerlang ....

aku baru bukak blog buku ...kalau ada senang jemputla masuk ..

www.bukusharizalnasri.blogspot.com

jalan rebung

abumuadz said...

askum jat..

pedoman dan nasihat dari seorang sahabat dan 'insan' yang faqir..

Hadis Abu Qatadah r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi itu ada yang datangnya dari Allah dan ada pula yang datangnya dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali, kemudian dia memohon perlindungan daripada Allah dari kejahatannya. Mimpi itu tidak akan membahayakannya(Sahih Muslim)

Hadis Abu Hurairah r.a:
Dari Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Apabila Kiamat semakin dekat, mimpi seorang muslim hampir tidak dusta. Mimpi salah seorang di antara kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi seorang muslim adalah satu daripada empat puluh lima bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga aspek iaitu: Mimpi baik, adalah khabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi sedih, adalah mimpi yang datang dari syaitan. Kemudian mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri, iaitu jika salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau bangun dari tidur lalu mendirikan sembahyang dan dikehendaki jangan beliau ceritakan mimpi tersebut kepada manusia.(Sahih Muslim)

ps: bangun tahajjud ikut Sunnah dah tuh:)

Ummu Mukhlis said...

salam'alaik..

huhu...betul tu Kak Yong..setuju2..

sir, tadi buat kisah sedey dlm kelas..terharu!

TERCABAR sebagai budak DIC, insyaAllah lepas ni kami semua akan menyahut tanggungjawab yang diberi sebagai hamba n khalifah dgn lebih dedikasi!

semalam trauma disamun masih menganggu tidur. alhamdulillah, sbb trauma tu jugalah sempat terjaga untuk qiyamullail.. hum..(juga berfikir..kalau takde TRAUMA??)

Umair Faiz said...
This comment has been removed by the author.