CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 7, 2008

Selamat hari raya...

Selamat hari raya to all bloggers..Semoga kita menggunakan kesempatan yang ada nie untuk saling bermaafan antara satu sama lain. Bagi saya bulan Syawal nie jugak merupakan bulan yang mencabar jugak (so jangan ingan bulan Ramadhan jer..) Ye lah mencabar dari erti kata menahan perut dari pada gelojoh makan pelbagai juadah..(kalau gelojoh, get ready serbuk Eno dalam poket), sabar ketika mengeluarkan duit belanja (baik duit hari raya untuk budak2 ataupun duit minyak untuk balik ke kampung atau berjalan raya), mengontrol diri untuk bermaafan dengan kawan2 kita yang kita bermusuh sebelum nie dan sebagainya..

Walau bagai manapun masalah nya gunakan lah kreativiti yang ader untuk menyelesaikan masalah tersebut..Moga-moga kita bergembira bersama di hari raya ini dan jangan berduka lagi..Buang yang keruh ambil yang jernih...

*Kalau boleh untuk bloggers semua moh lah kita mendapatkan hadiah besar dari Allah SWT sempena Syawal nie iaitu berpuasa enam, Insyaallah.....

5 comments:

izwan ali wasi said...

salam aidil fitri tuan rentap. teman setuju.mcm2 kene control syawal ni.cabaran sup tulang(pak rizal), kiuh raya almond london(ijat), makan free kat air keroh, mee rojak (taqwa). teman da start puasa enam.harap2 berjaya la menamatkannya.

JALAN REBUNG said...

salam aidilfitri jugak untuk abg rentap

kamal said...

selamat hari raya bro...

http;//kamaldahlan.blogspot.com

[SHE] said...

Salam alaik...
Waa...dh tukar baju la blog nih...merah tu...knp bersawang jer blog ni? spider pun ader tuh...update sir, update... =)

Anonymous said...

selamat berpuasa dan selamat hari raya..hati2 di jalanraya...