CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 30, 2008

Kita nie hamba Allah...

Salammualaikum everybody.. Dah lama tidak mencoret cuma sekarang nie mendapat kembali kekuatan selepas kekusutan menyiapkan article review untuk kelas kelas master..Anyway thank you to Kak Yong sebab mengingatkan saya tentang blog saya yang tidak seberapa nie..Kebelakangan nie saya agak sibuk dengan perangai studentnye, anaknyer, lecturernyer dan sebagainya..Walaubagaimanapun, alhamdulillah saya sahut cabaran nie sebagai perjuangan untuk mencari keredhaannya.

Hari ini saya tertarik untuk berkongi dengan rakan sekalian tentang ilmu yang saya baru perolehi melalui salah sebuah kelas master saya (Survey in Islamic history and philosophy)..Pensyarah saya bernama Dr Yedullah dari India..Seorang yang simple dan bersemangat tinggi..Tidak kisah tentang apa orang kata tentang dirinya.

Ianya berkaitan diri kita, masyarakat kita yang semakin merundum tahap moralitinya, semakin rosak tahap akhlaknya..semakin rosak jiwanya..Bila di utarakan persoalan ini kebanyakan kita menyalahkan individu itu sendiri tanpa ada kaitannya dengan masyarakat sekeliling. Mana mungkin manusia boleh hidup seorang diri di dalam dunia..Ini lah masalah kita dalam masyarakat, sudah mula melupai saudara kita yang lain.

Bagi mengupas masalah ini, Dr Yedullah menyatakan bahawa kita telah menterbalikan istilah diri kita yang sebelum ini sebagai hamba Allah kepada hamba dunia..Kita tidak lagi mempunyai rasa sayang, kasih, hormat kepada orang lain..(Kalau adapun pada orang tertentu, kalau adapun kerana sebab2 tertentu..) Inilah malangnye bila kita menjadi hamba dunia menyebabkan kita menjadi sombong, pentingkan diri dan sebagainya.

Sekiranya kita memilih untuk menjadi hamba Allah, sudah pasti kita sedar tanggung jawab kita. Kita sedar tiada pangkat yang memisahkan kita bersama (Baik Datuk, Tan Sri, Tun, Tuan Hakim, Professor, Dr dan sekutu dengannya...)

Menjadi hamba Allah juga menyebabkan rasa kasih kita terhadap saudara seIslam kita, kawan2 kita yang bukan Islam. Sudah pasti kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.. Saling berpesan atas dasar kebenaran dan saling berpesan atas dasar kesabaran. Secara konklusinya, ini akan mewujudkan semangat persaudaraan yang tinggi dan Insya-Allah sudah pasti jiwa kita tenang sebelum menghadap yang Maha Pengasih Allah S.W.T.

Diharapkan apa yang di coretkan disini dapat memberi semangat kepada saya dan rakan seperjuangan untuk terus memantapkan diri kita sebagai Hamba Allah.

2 comments:

[SHE] said...

Salam alaik...
waa...nama sy ada la dlm entry nih...glamer lak tetiber...(ish...ish...ish...)

Sy setuju dgn apa yg sir katakn juz nk share 1 cerita ttg work in collective. Analoginya, ada 1 kapal yg ada 2 tingkt. 1 hr bekalan air bg penumpang tgkt bwh dh hbis,jd diorg nk naik tgkt atas sbb nk amik air...org yg kt tgkt atas tu dr golongan kaya, golongan baik2.jd diorg x kasi org yg kt tgkt bwh tu naik atas sbb org kt tgkt bwh tu org miskin, kotor.jd utk teruskn hidup, org kt tgkt bwh ni gi la buat bbrp lubang kecik kt dinding kapal sbb nk dptkn air. Lama kelamaan, air mula masuk dlm kapal.dpendekkn cerita akhirnya kapal tu tenggelam. Sbnrnya, kapal tu sama la dgn msyrkat kita. Klu kita juz nk hidup sorg2, x peduli org lain, xda usaha nk pbaiki msyrkt kita yg bmslh dgn gejala sosial, maksiat...klu Allah turunkn bala, DIA akn bg pd semua org x kira yg baik atau jahat.

KY: alamak, tpnjg lak, gaya mcm post entry kt blog sendiri lak...sori sir... =)

JALAN REBUNG said...

SALAM ABG RENTAP ...

blog dah bersawang ye ...hehehe ...betul la kata pensyarah hang tu ...aku setuju ..dan akan cuba perbaiki kelemahan diri ni ...

rizal