CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 5, 2008

Aku budak minang...

Hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga saya pulang ke kampung..Dah lama tak pulang ke kampung..Seolah-olah rumah lama mamanggil menyuruh pulang. Lebih-lebih lagi isteri tersayang heboh nak makan rambutan. Kalau pikirkan malas jugak nak pulang ke kampung nie yelah..Cabaran pertama melalui Bukit putus mempunyai banyak 'lap', macam litar lumba.Yang paling bosan sekali bila mengikut belakang lori.Punyalah slow..Nak memotong takut sebab tak nampak kereta.




Anyway, rumah saya terletak di Kampung Talang, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan..Banyak kenangan di rumah lama ini. Saya memang di lahirkan di Kuala Lumpur, tetapi sewaktu berusia dalam 3 tahun, saya mengikut ibu bapa bertukar tempat kerja di Seremban dan Kuala Pilah..Alasan ibu bapa saya bertukar ke Negeri Sembilan ialah untuk menjaga arwah datuk yang sedang sakit. Bermula dari situlah, saya bergelumang dengan cara hidup kampung, bermain lumpur di sawah, menangkap ikan dan sebagainya.



Saya tinggal di rumah ini sehingga tahun 2004, selepas arwah ibu tercinta meninggal..terasa rumah nie terlalu besar bagi kami, bibik pula dah berhenti. Jadi ayah mengambil keputusan untuk membawa kami tiga beradik pindah ke Seremban (rumah yang arwah ibu sempat beli)

Sedih memang sedih, nak buat camner..Banyak masalah lagi bila duduk di sana (Adat-perpatihnya dan sebagainya.)Jadi terbiarlah rumah nie..


Sewaktu saya pulang ke kampung, saya sempat mengambil gambar rumah untuk tatapan rakan-rakan sekalian..Kalau ikutkan 80% dari binaan rumah ini mengikut ciri-ciri minang kabau, cuma kalau kawan perhatikan betul-betul tanduk rumah ini dah tinggal satu, sebab dulu ayah nak buat rumah batu separuh jadi terpaksa robohkan tanduk yang satu lagi tu. Kalau kita teliti lagi yang bahagian bertanduk tu boleh di katakan yang ianya tidak menggunakan sebarang paku.


Rumah nie pulak terletak di atas bukit, di hadapan nya kita boleh lihat sawah padi..Tetapi sewaktu kami tiba, tiada lagi sawah padi.Dengar cerita penduduk kampung dah menyewakan tanah dia orang untuk tanaman jagung dan pisang.

Kadang-kadang saudara-mara suruh kami adik beradik duduk di rumah tu semula..Tapi apakan daya, kos nak membaiki segalanya tak termampu kami membayarnya..Insyaallah kalau ada rezeki nanti, atas nama pakatan adik beradik yang lain, rumah ini akan ceria kembali.





*rasa sedih nak teruskan cerita ini sebenarnya, teringat kat arwah ibu..Dan yang sedih jugak tengah menulis tadi Che We (Ustaz Wan Ariff) declare yang bulan ini merupakan bulan terakhirnya di sini..Anyway, all the best Che We in your future life.

3 comments:

[SHE] said...

Seorang demi seorang bakal meninggalkan kami....sedihnyer...semalam bru dpt tau berita ni dr sir hiswadi...

KY: 3 bilik la kosong kt STADD tuu...

JALAN REBUNG said...

salam abg rentap,

best tul tengok gambo tu ...bila nak ajak aku gi sana ...boleh sambil-sambil nyanyi semangat yg hilang ...

izwan ali wasi said...

"semoga pakatan adik beradik" dapat "meningkatkan majoriti" untuk bersetuju kekalkan nilai2 estetika rumah tu..teman dpt bayangkn suasana umah tu pada 25 tahun yg lampau