CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 17, 2014

Miri ohhh Miri......

Ini merupakan pertama kali saya bergerak atas urusan rasmi sekolah bersama dengan sekolah baru saya iaitu Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban. Bayangkan selama nie..dari saat team building, pengantarabangsaan, bench marking serta apa-apa aktiviti sekali pun sering bersama sekolah lama saya yang amat saya ingati iaitu Sekolah Sains Alam Shah atau ASIS..Alhamdulillah, bagi saya ini cabaran baru, jatuh dan bangun bersama SDAR.

Berbalik pada cerita perjalanan kami, kami menaiki pesawat MAS ke Miri. Lapan orang guru termasuk saya sendiri menyertai program ini. Kami diketuai oleh PK HEM SDAR sendiri iaitu Cikgu Salehudin..Supaya jalan cerita kisah perjalanan kami ini menjadi lebih jelas, berikut merupakan  kronologi hari-hari kejadian kami di Miri

Ahad (7/12/2014)
Kami bertolak awal dari sekolah iaitu pukul 5.30 pagi kerana penerbangan kami di KLIA bermula pukul 8.30 pagi.. Segalanya berjalan lancar, sudah lama tak menaiki MAS dan sudah lama tidak menggunakan kemudahan KLIA agak kekok kami menggunakan mesin check-in elektronik MAS.Perjalanan kami menggunakan pesawat MAS selama 2 jam dan tiba di Miri pada pukul 10.30 pagi..Saya sengaja menggunakan passport antarabangsa saya untuk memudahkan urusan imigresen (Kalau guna i/c pun tidak mengapa)

Tiba di Lapangan Terbang Miri, orang kuat SDAR dari kiri PK HEM SDAR, Cikgu Salihudin dan Ketua Bidang Kemanusiaan iaitu Ustaz Zainuri.
Kami terus check in di Hotel Nur Miri yang agak selesa dan berdekatan dengan kedai makan dan tempat-tempat berjalan yang lain. Hari ini agak santai, sahabat lain ada yang berehat dan ada yang dah mula pergi melihat-lihat ke sana ke mari. Saya pula mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan keluarga Mak angkat saya yang datang dari Bintulu, kami bersiar-siar dan makan malam sekeluarga. Seronoknya tak terkata berjumpa keluarga tersayang kembali.

Bersama Mak angkat saya dan adik angkat saya. Kami bersiar-siar dulu di Bandar Miri



Malam di lobi hotel, sedikit perbincangan diadakan untuk persiapan untuk pergi ke Sekolah Sains Miri.

Isnin (8/12/2014)
Sarapan pagi, saya mengajak sahabat-sahabat mencuba mee kolok yang memang terkenal di Sarawak. Kami cuba tidak mahu menyusahkan pihak SMS Miri. Kami telah menaiki teksi ke sekolah tersebut. Atas keprihatinan Tuan Pengetua SMS Miri, beliau telah menegur kami kerana tidak memberitahu mereka atas kedatangan kami menggunakan teksi. Alhamdulillah, layanan pihak sekolah Sains Miri amat baik. Penerangan tentang sekolah telah di berikan dengan jelas. Kami di bawa meronda ke sekitar sekolah. Apa yang menarik perhatian kami ialah sistem rumah yang di guna pakai membawa kecemerlangan akademik kepada pelajar. Kami diberi makan tengah hari. Selepas lawatan kami, Tuan Pengetua SMS Miri sendiri bersama PK HEM beliau menghantar kami pulang ke hotel. Tuan Pengetua berjanji untuk menghantar kami ke air port bila kami pulang nanti. Sungguh mulia hati Tuan Pengetua SMS Miri ini.

Emmm...bestnya mee kolok..tak menoleh kiri kanan
Kami tiba di Sekolah Menengah Sains Miri
Bergambar kenangan bersama pihak pentadbir sekolah
Mendengar penerangan dari Pengetua SMS Miri dan barisan pentadbir yang lain
Sesi bertukar cenderahati Pengetua SMS Miri dan PK Hem SDAR
Kreatif!!! Ruang PPDA SMS Miri ada replika penjara
Gambar pelajar yang cemerlang akan diletakan di banner dan diletakan di kaki lima khas
Di dalam bilik yang mempamerkan sejarah SMS Miri
Setiap ruang yang ada akan dihiasi dengan menarik
Suasana sekolah yang damai, bersebelah dengan pantai ye...
Jamuan pihak sekolah untuk kami
Pulang saja di hotel merupakan aktiviti bebas untuk kami. Saya seperti biasa masih bersama keluarga angkat saya..Mereka angkat bertolak pulang ke Bintulu petang ini..Banyak sangat Mak Sarawak kirimkan barang kepada saya..kek sarawak, belacan Sarawak dan macam-macam. Jadi tak lah bershoping sangat di Miri kerana semuanya dah ada. Terima kasih mak!!

Mak dan Emy sebelum pulang ke Bintulu

Selasa (9/12/14)
Hari ini merupakan hari untuk kami menjelajah bandar Miri..Apa yang terkenal di Sarawak??Sudah tentu buayanya..Kami bertolak ke ladang buaya..Menarik..Buayanya perghhh besar-besar. Disamping itu terdapat binatang-binatang lain..Sahabat-sahabat lain seronok bergambar disini. Melihatkan jarak ladang buaya dan pintu masuk ke Brunei sudah tidak berapa jauh saya dan Nordin berpakat untuk mendapatkan cop imegresen Brunei. Malangnya sahabat-sahabat yang lain tidak membawa pasport, tetapi mereka sporting dan sanggup menunggu kami di pintu masuk sempadan untuk kami cop pasport kami..Terima kasih genggg.....

Saya ada kawan yang merupakan komander kapal APMM di Miri..sungguh bertuah rasanya kerana beliau sudi mengajak saya dan rakan-rakan lain menaiki kapal beliau di samping berkongsi pengalaman tentang ilmu-ilmu laut..cukup menarik. Sejurus saja kami cop pasport kami terus menuju ke jeti kapal APMM tersebut.

Lepas saja menaiki kapal, kami terus menuju ke tempat pelantar minyak pertama di Miri yang terletak diatas daratan yang dikenali sebagai Grand Old Lady. Pemandangan indah bandar Miri dari atas bukit dapat kami saksikan di sini.

Selepas berada di Grand Old Lady kami telah menuju ke EMART Miri untuk membeli ikan terubuk masin. Di sini bukan saja ikan terubuk masin malahan terdapat makanan, pakaian yang turut dijual disini. Saya mengambil kesempatan untuk membeli sekilo buah dabai kegemaran isteri saya untuk dibawa pulang.

Malamnya, aktiviti bebas..

Wah wah..macam lawatan sekolah pulak
Bawah kaki kami ada buaya
Aku kesepian....
Nordin..tak sampai BSB pun takpelah janji jejak jugak kaki di tanah Brunei..
Di atas kapal APMM bersama Leftenan Maritim Zamri
Kami di jeti kapal yang menempatkan kapal APMM
*Malangnya gambar di Grand Old Lady dan di EMART tidak sempat dimasukan kerana diambil menggunakan hand phone..Segala kesulitan harap dimaafkan heheheh..

Rabu (10/12/14)
Hari terakhir di bumi Miri, Kami sarapan mee kolok lagi..Masa yang ada kami gunakan untuk mengemas barang. Ada jugak sahabat-sahabat yang masih sempat untuk membeli belah.Tengah harinya kami dijemput oleh Tuan Pengetua SMS Miri dan kerani beliau. Mereka menghantar kami terus ke Lapangan Terbang Miri. Kami berangkat pulang menggunakan pesawat MAS pada pukul 4.30 dan selamat tiba di KLIA pada pukul 6.30 petang..

Sarawak oh tanah air ku...Kenangan bersama mu takkan ku lupa...Adios..sehingga berjumpa lagi....


0 comments: