CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 1, 2014

Misi Kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam 2014



Seperti yang dijanjikan didalam facebook saya, saya akan melaporkan segala aktiviti sepanjang misi kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam. Insyaallah segala gambar-gambar akan diletakan didalam blog ini untuk tatapan semua pembaca dan sahabat-sahabat sekalian.. Diharapkan dengan adanya post ini dapat menggalakan kita untuk terus menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara Islam kita disana..

Hari pertama (22/3/2014) Kami bersama ahli-ahli misi yang lain dari Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sains Sabah, Sekolah Tun Fatimah berkumpul di LCCT Sepang pada pukul 4 pagi untuk proses 'check in' barang. Sahabat kami dari Sekolah Saidina Hasan, Brunei telah berada di Kemboja dari semalam lagi dan akan menanti kami dari sana.
Pelajar menunggu giliran untuk 'check in' barang

Tenang menunggu giliran


Penerbangan kami bermula pada pukul 7 pagi dan tiba di lapangan terbang Siem Rep pukul 8.45 pagi. Kami telah disambut oleh mantan pengetua ASIS, Tuan Haji Idrus, delegasi Brunei dan wakil travel dari Kemboja.






Penulis bersama pesawat yang membawa kami

Pelajar ASIS sejurus mendarat di lapangan terbang Siem Rep, Kemboja

Kami kemudian telah diberi penerangan dari wakil travel.Kami kemudiannya dibawa ke kilang penghasilan benang sutera di Siem Rep dan kemudiannya ke tempat yang paling bersejarah dan terkenal di Siem Rep iaitu Angkor Wat.
Kami mendengar taklimat dari wakil travel Kemboja

Kami berada di kilang benang sutera

Kami dihadapan Angkor Wat


Setelah selesai berjalan di Angkor Wat kami dibawa ke sebuah resoran Islam di Siem Rep untuk makan tengah hari. Selepas makan, kami dibawa ke sebuah tasik air tawar terbesar di asia tenggara iaitu Tasik Tonle Sap dengan menaiki bot. Memang benar, berada ditasik itu seperti berada di tengah lautan kerana kita tidak dapat melihat daratan dihadapan mata kita..Subhanallah....Malam kami terus mendaftar masuk ke hotel di Siem Rep.Perjalanan amat meletihkan tetapi seronok telah menenggelamkan keletihan kami..Esok kami akan berangkat ke kg Sroh, Kemboja untuk Bantuan pertama.
Menaiki bot untuk ke Tasik Tonle Sap

Cuba anda lihat..Macam di laut kan??

Hari kedua (23/3/14), Awal pagi kami menuju ke restoran Islam yang berdekatan untuk sarapan pagi. Kemudian para guru berkumpul di masjid bersebelahan restoran untuk perbincangan tentang agihan sumbangan yang akan diberikan kepada penduduk kampung. Segala tunai dan zakat telah diserahkan kepada satu-satunya wakil mufti Kemboja iaitu saudara Luqman..Selepas sahaja selesai kami terus bergerak ke Kampung Sroh yang mengambil masa perjalanan dalam 6 jam.
Menyerahkan sumbangan zakat/tunai kepada saudara Lukman wakil Mufti Kemboja

Tiba di kampung Sroh, Disambut meriah oleh penduduk kampung

Haji Idrus bersama anggota misi menikmati juadah tengah hari yang disediakan oleh penduduk kampung

Hari ketiga (24/3/14), 2 ekor lembu yang disumbangkan rakyat Malaysia telah selamat di sembelih untuk diagihkan kepada penduduk kampung. Ahli misi mula menjalankan peranan masing-masing. Kumpulan-kumpulan telah dibahagikan untuk membersihkan masjid, mengecat sekolah, memasak dan persediaan sukaneka untuk anak-anak penduduk kampung. Pada waktu petang, diadakan sukaneka untuk penduduk kampung manakala pelajar lelaki pula mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dengan penduduk kampung. Malam kemuncak ialah majlis penyerahan bantuan oleh wakil-wakil sekolah. Kemudian telah diadakan persembahan kebudayaan oleh penduduk kampung dan peserta misi.
Salah seekor lembu yang telah disembelih

Salah sebuah perigi yang telah dibina hasil sumbangan orang ramai

Pasukan bola misi bergambar bersama pemuda kampung

Gotong royong membersihkan masjid

Mengecat dan menghias sekolah
Penyampaian bantuan kepada penduduk kampung

Peserta misi membuat persembahan pada malam kebudayaan

Bergambar bersama penduduk kampung sebelum bertolak ke Phnom Penh

Hari keempat (25/3/24) Pagi ini kami akan bertolak ke Phnom Penh dan akan singgah ke kampung seterusnya iaitu Kampung Churui Letri di pinggir bandar Phnom Penh. Kebiasaannya penduduk Muslim yang duduk di bandar lebih susah berbanding penduduk yang duduk di kampung. Perjalanan menggunakan bas amat mencabar dan mengambil masa 6 jam. Malamnya kami makan malam bersama Mufti Kemboja di pejabat beliau. Mufti Kemboja mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada rakyat Malaysia dan Brunei yang telah menyumbang.Di Phnom Penh kami sempat melawat muzium genocide dan melihat kekejaman Pol Pot membunuh rakyat Kemboja.
Tengkorak-tengkorak mangsa pembunuhan rejim Pol Pot

Antara rumah yang akan dibina semula dengan menggunakan duit sumbangan

Kami bergambar kenangan bersama Mufti Kemboja

Setibanya di Chowdok, Vietnam. Bantuan terus dihulurkan

Kanak-kanak menunggu untuk mendapatkan gula-gula

Kami didalam bot..menyusuri Sungai Mekong selama 6 jam.

Bantuan beras kepada penduduk

Pengacara malam kebudayaan di Chowdok
Hari kelima (26/3/14), awal pagi lagi kami telah bertolak ke jeti Sungai Mekong di Phnom Penh untuk menaiki bot ke Vietnam. Kami akan ke sebuah kampung Islam di Chowdok. Pejalanan dengan bot mengambil masa selama 6 jam. Setibanya kami di Chowdok, kami disambut dengan meriah. Segala bantuan telah disampaikan dengan lancar. Petang, seperti biasa perlawanan bola sepak persahabatan bersama penduduk kampung. Penduduk kampung telah mengadakan persembahan kebudayaan khas untuk anggota misi. Selepas sahaja persembahan, kami bertolak ke Ho Chin Minh city dengan menggunakan bas. Pertama kali kami menaiki bas yang mempunyai katil. Kami tidur nyenyak sehingga sampai Ho Chin Minh.

Hari keenam (27/3/14), kami sampai di Ho Chin Minh pada pukul 6 pagi. Kami bersolat subuh di salah sebuah masjid di Ho Chin Min bersebelahan sebuah hotel terkemuka di Vietnam. Setelah solat Subuh, kami menikmati sarapan pagi. Hari ini merupakan hari perpisahan kami bersama delegasi Brunei dan juga tanda berakhirnya Program Misi Kemanusiaan 2014. Delegasi Brunei akan pulang pada pagi ini manakala kami akan berada disini selama semalam lagi untuk berjalan-jalan disekitar Ho Chin Minh dan juga untuk membeli belah. Selepas minum, kami bertolak ke Muzium Perang untuk menyaksikan kesan peperangan antara Vietnam dan U.S.A. Malamnya kami menggunakan masa yang ada untuk membeli belah di pasar malam berhadapan Ban Thant.

Encik Razmi menerima cenderamata dari delegasi Brunei

Encik Razmi memberi ucapan khas

Perbezaan gadis muslimah Kemboja (kiri) dan gadis muslimah Vietnam (kanan) dihadapan muzium perang


Hari ketujuh (28/3/2014), pagi kami bersarapan di hotel masing-masing. Setelah bersarpan kami di bawa keChu Chi tunnel untuk menyaksikan terowong yang diguna pakai oleh tentera Vietnam ketika berperang dengan tentera U.S.A. Selepas itu kami dibawa ke Chinese market di Ho Chin Minh city untuk membeli belah buat kali terakhir. Tepat jam 4 waktu Vietnam kami bergegas ke lapangan terbang Ho Chin Minh untuk daftar bagasi pulang ke Malaysia. Jam 8 malam kami berangkat ke Malaysia dan alhamdulillah kami tiba pada pukul 11 malam di LCCT KLIA.
Bersarapan di hotel penginapan kami..Hotel Mayflower

Pelajar ASIS bergambar dihadapan kereta kebal US yang tersadai akibat jerangkap samar tentera Vietnam

Jenis-jenis jerangkap samar tentera Vietnam

Salah satu markas terowong tentera Vietnam

Cubaan menembak menggunakan M16

Berapakah usia gadis Vietnam ini??sedang memujuk saya untuk membeli barangnya.

Alhamdulillah..Banyak pengalaman yang kami perolehi dari program ini. Ianya membuka mata kami tentang menghargai kemewahan yang kita ada disamping menghargai keamanan..Yang penting sekali..kita perlulah membantu saudara Islam kita dimana sahaja mereka berada..bertepatan dengan konsep Hablum Minan Nas....Hubungan sesama manusia...Wallahuwa'lam.....


0 comments: