CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 7, 2014

Didik anak-anak dengan aktiviti berfaedah.


Sungai Ibu yang cantik
 Pada cuti tahun baru cina yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung halaman isteri saya di Kuala Krai, Kelantan. Kebanyakan sahabat saya yang tidak pulang ke kampung memilih untuk bercuti di tempat-tempat menarik di Malaysia. Peluang berada di kampung dalam jangka masa 4 hari 3 malam membuatkan saya memikirkan sesuatu nilai tambah untuk anak saya. Saya masih ingat ketika masih kecil dahulu, hidup di kampung di Negeri Sembilan, saya pernah bergelumang dangan lumpur untuk menangkap ikan. Akhirnya, memancing merupakan jawapan yang saya pikirkan perlu untuk anak saya.
Cik Ngah dan Dae (anak buah saya) sedang memasang umpan sambil diperhatikan oleh Hakimi (baju hijau)
Inilah kawasan tempat kami memancing

Duduk di Kuala Lumpur dengan jadual anak saya yang agak padat menyebabkan Hakimi (anak saya) tidak mendapat nilai tambah 'survivor' yang perlu ada pada seorang anak lelaki. Kesempatan yang ada di Kuala Krai ini, saya mengajak anak buah saya yang lain (sudah tentulah mereka Kampung Boy) memancing di kawasan sungai ibu, di kampung Mial, Kelantan.

Kami bertolak pada pukul 3.00 petang dengan persiapan yang ala kadar sahaja. Seronok tak terkira melihat Hakimi melontarkan jorannya buat pertama kali. Dengan umpan cacing yang telah disediakan oleh anak buah saya, beberapa kali kail kami di rentap namun malangnya masih lagi tak dapat kami naikkan hatta seekor ikan sekalipun..
Hakimi setelah melakukan lontaran pertama
pancing kami direntap tetapi hampa....

Anak buah saya memaklumkan bahawa kemungkinan aktiviti menggunakan teknologi yang sepatutnya tidak digunakan di sungai, telah digunakan oleh orang yang rakus untuk mendapat hasil yang lumayan dengan segera menyebabkan kekurangan ikan. Hari sudah hampir petang, kami tidak mapu bertahan lagi dan akhirnya pulang tanpa hasil. Walau bagaimanapun saya gembira kerana Hakimi telah mendapat manfaat nilai tambah 'survivor' yang saya maksudkan.