CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 3, 2010

Lamanya tak menulis...

Tiba-tiba tergerak hati saya hendak melawat blog sahabat saya 'Rizal' dengan harapan beliau sudah "publishkan" tentang lawatan beliau ke sekolah lamanya..(Sekolah tempat saya bertugas ke sekarang ini)..Namun, ternyata mungkin Rizal sibuk dengan aktivitinya, maka dia tidak sempat menceritakan tentang lawatannya..Walau bagai manapun saya merasa seronok membaca nukilan sahabat saya ini tentang kelahiran anak baru nya, lawatan ke pelbagai tempat yang menarik di Malaysia..Baru saya terfikir yang saya ini dah lama tak menulis.

Kisah lawatan Rizal cukup menyeronokkan dan menggalakkan hati ini yang ingin tahu butiran cerita beliau seterusnya..Itulah penangan Rizal dalam Jalanrebung.blogspot. Terasa bahawa diri ini dah lama tak membawa ahli keluarga makan angin..Maklumlah dengan kesibukan yang memungkinkan perkara tersebut mustahil di lakukan. Kadang-kadang stress sampai boleh pening di buatnya.

Hari persekolahan ditambah lagi tekanan pembelajaran master bak "Kayu balak tersandar di bahu" menyebabkan tidak terlintas di pemikiran ini untuk membawa keluarga makan angin. Di tambah lagi tahap kewangan yang belum masih mencapai tahap NKRA nya. maka hasrat terpaksa di pendamkan. Kesian Kimi, Balqis dan ibunya..Insyaallah, tulisan Rizal membuka minda saya..Seronok dan bahagia melihat gambar keluarga Rizal bersantai..

Saya juga sempat membaca nukilan sahabat saya Mr Campro...Kesian Mr Campro kerana terpaksa menghadapi impak strees..Alhamdulillah semuanya baik..Saya mendoakan agar Mr Campro sihat dan berbahagia..Disini saya lihat bahawa, sibuk bagaimana sekali pun kita perlu merehatkan otak kita..Jadi, kisah rizal tadi telah berjaya membuka minda..Lepas ini saya, saya..Mr Campro mungkin kita perlu rilek sikit supaya tak stress lagi..

Monday, May 3, 2010

Aku masih hidup....

Alhamdulillah aku masih hidup...
Nyawa masih ada..tanggungjawab juga masih ada
Pada Allah, keluarga dan masyarakat..
Jom sama-sama mencari keredhaanNya..
Bukan semata2 mencari harta benda...