CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 21, 2009

Puteri ku..selamat menghadapi cabaran dunia...

Salamz semua...dah lama saya tak mencoretkan sesuatu di dalam..Yelah dengan keadaan yang sibuk selalu sebagai student praktikal memang letih dan takde mase mengadap lap top..Walaubagaimanapun, memandangkan observation dah habis, diikuti pulak minggu depan, minggu last praktikal..Semangat nek membersihkan sawang-sawang didalam blog nie tiba2 membuak-buak pulak...

Nukilan hari ini ialah tentang kegembiraan saya menyambut kelahiran puteri kesayangan (ketika ditulis, belum ada nama lagi..wife nak bagi pulak..) saya pada pagi Selasa 20 Oktober 2009 di Hospital Kuala Krai, Kelantan. Alhamdulillah lega rasenya, kedua-duanya baby dan ibu sihat..Berat baby 2.7 kilo..Tapi sedih gak sebab tak dapat tengok baby lagi sebab saya di KL. wife dan baby pulak kat Kelantan. Tapi tulah kecanggihan teknologi sekarang nie, dapat jugak saya menatap wajah puteri tersayang hampir-hampir iras abangnya (Amirul Hakimi)..Tak sabar-sabar nak tunggu hari Jumaat nie..Lepas sekolah nak terus balik Kelantan yehaaaaaaaaa...

Kepada puteriku sayang, harapan ayahanda agar anakanda menjadi puteri yang solehah dan berbakti kepada ibu bapa, keluarga, agama dan negara..Ingatlah dunia ini hanyalah sementara, akhirat jualah yang akan kekal abadi...Kukuhkan imanmu wahai puteriku sayang, kekalkan ketakwaanmu kepada ALLAH SWT, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin...

Wednesday, May 20, 2009

Practical posting..


Hari ini merupakan hari yang mendebarkan buat saya dan sahabat-sahabat saya..Penerangan tentang sekolah-sekolah untuk kami berpraktikal bulan 7 ini cukup mendebarkan..Penerangan berlangsung di Al-Ghazali conforence room. Tepat jam 2.05, kemunculan kelibat lecturer yang pernah mengajar saya master dahulu dan pernah 'mengkursuskan' saya di kolej dulu, Dr Zainurin muncul..


Semuanya seolah-olah kaku..Gambaran yang boleh saya berikan ialah ibarat seperti satu pasukan bola sepak yang menantikan kemenangan menerusi sepakan penalti..Semuanya menunggu dengan debaran..Kesempoian Dr Zainurin akhirnya dapat menenangkan ibu yang tidak mahu berjauhan dari suami dan anak, ayah yang mahu melaksanakan tanggungjawab rutin menghantar dan mengambil isteri dari sekolah (sayalah tu..), dan yang sewaktu dengan nya..


Kami dibenarkan untuk berbincang sesama sendiri untuk memilih sekolah di tiga bahagian samaada di Pahang, Kelantan dan Terengganu serta Gombak..Macam saya sudah tentulah ingin berada di Gombak..


Suasana ketika memilih sekolah di ibaratkan seperti suasana di Bursa saham Kuala Lumpur..Bunyi jeritan sekejap-sekejap..(sayalah jugak sebagai ketua incharge bahagian Gombak)..Ada tekanan jugaklah untuk menetukan yelah..ada yang tak datang, ada yang nak sekolah yang takde dalam dalam senarai..Ada yang tengah meleleh air mata, ada yang nak dengan kawan sendiri..Pendek kata, macam-macam adalah...


Akhirnya tepat pukul 4.00, semuanya selesai..Sekarang masa untuk bertawakal ajelah sama ada dapat sekolah tersebut atau tidak..Kawan-kawan semua sama-samalah kita berdoa.


P/S Kalaulah posting yang sebenar macam nie kan seronok..takdelah masalah hati ke hati ye tak..

Friday, May 15, 2009

Persatuan saya, pembimbing saya..PPU UIAM 09


Saya menyertai Persatuan Pendidik Ummah DPLI UIAM 2009..Pada mulanya saya agak keberatan menyertai persatuan ini kerana kawan-kawan saya dalam persatuan ini lagi mantap dari saya dari segi ilmu agama dia orang (ada yang Qiraat, syariah, IRK, etc)..Walau macam mana pun Tuan Presiden brother Najah masih boleh memberi kepercayaan nya kepada saya untuk memegang jawatan exco biro perhubungan dan komuniti..Rasanya agak berat amanah ini..Tapi saya cuba berfkiran positif yang mana tugas ini akan dapat melatih saya untuk berorganisasi ketika memasuki sekolah kelak..


Ada juga hikmah persatuan ini kepada saya..Terus terang saya katakan bahawa saya terlalu kecil berada dalam kelompok ustaz dan ustazah ini..Tetapi bila berada di dalam persatuan ini..dan bila ada ustazah dari mesir memanggil saya sebaga ustaz, saya rasa konfiden semula...


Terima kasih kawan-kawan, terima kasih PPU..saya akan berjuang bersama mu...

Broadband baru, semangat pun baru..


Assalammualaikum...

Dah lama rasanya tidak mencoret secara serius macam dulu maklumlah sibuk jer dengan assignment..Lagipun dulu senang nak guna internet..Yelah lepas mengajar masuk opis balik, boleh jumpa komputer dan internet so bolehlah mencoretkan sedikit cerita..Anyway pada 10 Mei yang lepas saya telah berkenan membeli broad band...Puas saya pikir, nak beli ke tidak menatang alah nie..tapi bila mengenangkan pada satu hari tu, bila Dr Marzuki (lecturer saya) memberi tahu suma geng kelas saya yang dia akan menggunakan email sahaja untuk segala urusan kerja dan nota menyebabkan gegendang telinga saya menjerit-jerit menyuruh saya membeli broad band..


Walau macam mana pun kira oklah..dengan adenya broadband ni bolehlah memberi semangat untuk saya menyapu sawang-sawang yang sudah sedia bersawang di dalam blog nie..Lagipun bila ade broad band bolehlah saya mengopy idea-idea kreatif kawan yang lain especially dalam teknik flash..Yelah tahun depan nak jadi ustaz kat sekolah menengah pulak..Budak sekolah zaman sekarang nie dah pandai demand..Kalau bersyarah je boring tu lah nak kena tunjuk gambar yang bergerak. Barulah jadi ustaz yang tidak ketinggal terbelakang ye tak...


Kawan-kawan sekelas saya yang dari timur tengah (Mesir dan Jordan) lebih advanced dari saya dalam penggunaan internet nie..Nie yang membakar semangat saya dan membakar duit saya untuk membeli broadband..


Buat sahabat-sahabat saya tunggulah comeback saya dalam frienster, facebook dan blog ini...

Tuesday, February 17, 2009

Allah Maha Adil

Ahmad tertanya-tanya, “kenapa aku ini sering bekerja dengan organisasi yang berkaitan Islam?”. ”Aku bukannya baik pun..Aku bukannya macam kawan-kawan yang lain bersekolah agama”. Kata hati kecil Ahmad yang wajahnya seakan keliru sambil mengacau milo ais nya dengan straw. ”Assalammualaikum Mat..” Berdiri di hadapan Ahmad kini ialah sahabatnya, Ijam yang sama bekerja dengannya di Kolej Islam Antarabangsa..”. Ijam bukanlah calang-calang orangnya, mengambil jurusan ilmu wahyu di UIA dan sering mengadakan ceramah, malahan kini Ijam tengah sibuk menghabiskan thesis PHD nya di UM dalam bidang Islam juga.. ”Waalaikumussalam...sheikh rupanya..Nak kemana?” jawab Ahmad dengan penuh berhati-hati..”Ana nak beli makanan, kebetulan anta ada kat sini boleh kita makan bersama”.

”Ana lihat sheikh termenung je dari tadi..Apa halnya?..Kalau sheikh tak kisah bolehlah berkongsi dengan ana..”tanya Ijam sambil membetulkan kopiah putihnya..”Ntahlah sheikh..kadang-kadang ana terpikir tentang diri ana ni..Ana hairan kenapa ana di takdirkan berada di sini, bersama dengan anta, kawan-kawan lain mengajar Islam di sini..sedangkan ana rasa tak layak” jawab Ahmad dengan nada perlahan. ”Apa yang tak layaknya sheikh..anta pun produk UIA juga..Kira sesuailah tu..”ujar Ijam sambil merenung tajam ke mata Ahmad.

”Ana bukanlah belajar di sekolah agama sebelum UIA ni..Bersekolah di sekolah biasa..Pernah buat macam-macam dulu..”jelas Ahmad sambil menghirup milo aisnya yang hampir cair..”Sewaktu ana dapat tawaran UIA dulu ana hampir tak nak pergi, tapi atas desakan arwah ibu dan girl friend ana, ana pergi jugak..”ujar Ahmad sambil tersenyum.” Walau macammanapun, ana tak nafikan..seronok belajar tentang Islam..rasa rugi sangat tak belajar dari dulu. Cuma ana hairan, ana rasa ilmu tak cukup lagi didada tapi takdir ana dari dulu berkait rapat dengan Pendidikan Islam”ujar Ahmad lagi. ”Dulu Ustaz sekolah menengah, sekarang nie kat sini pulak..Nak mintak PTD tak dapat-dapat..”cerita Ahmad lagi..

”Ana nak tanya anta sikit” soal Ijam pada Ahmad..”Boleh..”Jawab Ahmad sambil menganggukkan kepalanya.. ”Anta sekolah dulu buat macam-macam kan..ada membunuh ker..? ”Tak..” ”mencuri atau merompak?” ”Ish takdelah..” ”Merogol..” ”Ish sheikh ana masih kenal mana baik mana buruk..” Haaa sekarang tengok, sheikh tak lah jahat pun..” ujar Ijam sambil tersenyum..”Sheikh tinggal sembahyang tak dulu..” tanya Ijam lagi..”Dulu.... alhamdulillah, ana jaga..” jawab Ahmad lagi..”Nampaknya banyak positif pada diri anta..” tambah Ijam lagi.

”Itulah bukti kewujudan dan kekuasaan Allah sheikh..” hujah Ijam..”Ana percaya, sewaktu anta bersekolah dulu, anta jaga solat dan menjaga kepercayaan pada Allah dan juga pasti berdoa untuk kebaikan di dunia dan di akhiratkan..dan Alhamdulillah, doa di makbulkan..Apa yang anta dapat sekarang ini, karier anta ialah kebaikan di dunia yang anta pinta dulu..”jelas Ijam sambil mengusap janggutnya. ”Anta harus mengkaji hikmah di sebalik sesuatu, walaupun ilmu masih sikit didada, tapi anta masih di takdirkan mengajar oarang lain tentang Islam..dan ana percaya Allah membuka peluang untuk anta mendalamkan lagi ilmu anta tentang Islam..Subhanallah...” jelas Ijam lagi..

”Alhamdulillah sheikh..ana dah nampak...Terima kasih sheikh..” jawab Ahmad dengan perlahan..”Ya Allah, ampunkan dosa ku yang sering melupakan kurniaan dan kasih sayang mu Ya Allah..” doa Ahmad di dalam hati kecilnya..