CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 21, 2009

Puteri ku..selamat menghadapi cabaran dunia...

Salamz semua...dah lama saya tak mencoretkan sesuatu di dalam..Yelah dengan keadaan yang sibuk selalu sebagai student praktikal memang letih dan takde mase mengadap lap top..Walaubagaimanapun, memandangkan observation dah habis, diikuti pulak minggu depan, minggu last praktikal..Semangat nek membersihkan sawang-sawang didalam blog nie tiba2 membuak-buak pulak...

Nukilan hari ini ialah tentang kegembiraan saya menyambut kelahiran puteri kesayangan (ketika ditulis, belum ada nama lagi..wife nak bagi pulak..) saya pada pagi Selasa 20 Oktober 2009 di Hospital Kuala Krai, Kelantan. Alhamdulillah lega rasenya, kedua-duanya baby dan ibu sihat..Berat baby 2.7 kilo..Tapi sedih gak sebab tak dapat tengok baby lagi sebab saya di KL. wife dan baby pulak kat Kelantan. Tapi tulah kecanggihan teknologi sekarang nie, dapat jugak saya menatap wajah puteri tersayang hampir-hampir iras abangnya (Amirul Hakimi)..Tak sabar-sabar nak tunggu hari Jumaat nie..Lepas sekolah nak terus balik Kelantan yehaaaaaaaaa...

Kepada puteriku sayang, harapan ayahanda agar anakanda menjadi puteri yang solehah dan berbakti kepada ibu bapa, keluarga, agama dan negara..Ingatlah dunia ini hanyalah sementara, akhirat jualah yang akan kekal abadi...Kukuhkan imanmu wahai puteriku sayang, kekalkan ketakwaanmu kepada ALLAH SWT, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin...