Hari ini merupakan hari yang mendebarkan buat saya dan sahabat-sahabat saya..Penerangan tentang sekolah-sekolah untuk kami berpraktikal bulan 7 ini cukup mendebarkan..Penerangan berlangsung di Al-Ghazali conforence room. Tepat jam 2.05, kemunculan kelibat lecturer yang pernah mengajar saya master dahulu dan pernah 'mengkursuskan' saya di kolej dulu, Dr Zainurin muncul..
Semuanya seolah-olah kaku..Gambaran yang boleh saya berikan ialah ibarat seperti satu pasukan bola sepak yang menantikan kemenangan menerusi sepakan penalti..Semuanya menunggu dengan debaran..Kesempoian Dr Zainurin akhirnya dapat menenangkan ibu yang tidak mahu berjauhan dari suami dan anak, ayah yang mahu melaksanakan tanggungjawab rutin menghantar dan mengambil isteri dari sekolah (sayalah tu..), dan yang sewaktu dengan nya..
Kami dibenarkan untuk berbincang sesama sendiri untuk memilih sekolah di tiga bahagian samaada di Pahang, Kelantan dan Terengganu serta Gombak..Macam saya sudah tentulah ingin berada di Gombak..
Suasana ketika memilih sekolah di ibaratkan seperti suasana di Bursa saham Kuala Lumpur..Bunyi jeritan sekejap-sekejap..(sayalah jugak sebagai ketua incharge bahagian Gombak)..Ada tekanan jugaklah untuk menetukan yelah..ada yang tak datang, ada yang nak sekolah yang takde dalam dalam senarai..Ada yang tengah meleleh air mata, ada yang nak dengan kawan sendiri..Pendek kata, macam-macam adalah...
Akhirnya tepat pukul 4.00, semuanya selesai..Sekarang masa untuk bertawakal ajelah sama ada dapat sekolah tersebut atau tidak..Kawan-kawan semua sama-samalah kita berdoa.
P/S Kalaulah posting yang sebenar macam nie kan seronok..takdelah masalah hati ke hati ye tak..