CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 20, 2009

Practical posting..


Hari ini merupakan hari yang mendebarkan buat saya dan sahabat-sahabat saya..Penerangan tentang sekolah-sekolah untuk kami berpraktikal bulan 7 ini cukup mendebarkan..Penerangan berlangsung di Al-Ghazali conforence room. Tepat jam 2.05, kemunculan kelibat lecturer yang pernah mengajar saya master dahulu dan pernah 'mengkursuskan' saya di kolej dulu, Dr Zainurin muncul..


Semuanya seolah-olah kaku..Gambaran yang boleh saya berikan ialah ibarat seperti satu pasukan bola sepak yang menantikan kemenangan menerusi sepakan penalti..Semuanya menunggu dengan debaran..Kesempoian Dr Zainurin akhirnya dapat menenangkan ibu yang tidak mahu berjauhan dari suami dan anak, ayah yang mahu melaksanakan tanggungjawab rutin menghantar dan mengambil isteri dari sekolah (sayalah tu..), dan yang sewaktu dengan nya..


Kami dibenarkan untuk berbincang sesama sendiri untuk memilih sekolah di tiga bahagian samaada di Pahang, Kelantan dan Terengganu serta Gombak..Macam saya sudah tentulah ingin berada di Gombak..


Suasana ketika memilih sekolah di ibaratkan seperti suasana di Bursa saham Kuala Lumpur..Bunyi jeritan sekejap-sekejap..(sayalah jugak sebagai ketua incharge bahagian Gombak)..Ada tekanan jugaklah untuk menetukan yelah..ada yang tak datang, ada yang nak sekolah yang takde dalam dalam senarai..Ada yang tengah meleleh air mata, ada yang nak dengan kawan sendiri..Pendek kata, macam-macam adalah...


Akhirnya tepat pukul 4.00, semuanya selesai..Sekarang masa untuk bertawakal ajelah sama ada dapat sekolah tersebut atau tidak..Kawan-kawan semua sama-samalah kita berdoa.


P/S Kalaulah posting yang sebenar macam nie kan seronok..takdelah masalah hati ke hati ye tak..

Friday, May 15, 2009

Persatuan saya, pembimbing saya..PPU UIAM 09


Saya menyertai Persatuan Pendidik Ummah DPLI UIAM 2009..Pada mulanya saya agak keberatan menyertai persatuan ini kerana kawan-kawan saya dalam persatuan ini lagi mantap dari saya dari segi ilmu agama dia orang (ada yang Qiraat, syariah, IRK, etc)..Walau macam mana pun Tuan Presiden brother Najah masih boleh memberi kepercayaan nya kepada saya untuk memegang jawatan exco biro perhubungan dan komuniti..Rasanya agak berat amanah ini..Tapi saya cuba berfkiran positif yang mana tugas ini akan dapat melatih saya untuk berorganisasi ketika memasuki sekolah kelak..


Ada juga hikmah persatuan ini kepada saya..Terus terang saya katakan bahawa saya terlalu kecil berada dalam kelompok ustaz dan ustazah ini..Tetapi bila berada di dalam persatuan ini..dan bila ada ustazah dari mesir memanggil saya sebaga ustaz, saya rasa konfiden semula...


Terima kasih kawan-kawan, terima kasih PPU..saya akan berjuang bersama mu...

Broadband baru, semangat pun baru..


Assalammualaikum...

Dah lama rasanya tidak mencoret secara serius macam dulu maklumlah sibuk jer dengan assignment..Lagipun dulu senang nak guna internet..Yelah lepas mengajar masuk opis balik, boleh jumpa komputer dan internet so bolehlah mencoretkan sedikit cerita..Anyway pada 10 Mei yang lepas saya telah berkenan membeli broad band...Puas saya pikir, nak beli ke tidak menatang alah nie..tapi bila mengenangkan pada satu hari tu, bila Dr Marzuki (lecturer saya) memberi tahu suma geng kelas saya yang dia akan menggunakan email sahaja untuk segala urusan kerja dan nota menyebabkan gegendang telinga saya menjerit-jerit menyuruh saya membeli broad band..


Walau macam mana pun kira oklah..dengan adenya broadband ni bolehlah memberi semangat untuk saya menyapu sawang-sawang yang sudah sedia bersawang di dalam blog nie..Lagipun bila ade broad band bolehlah saya mengopy idea-idea kreatif kawan yang lain especially dalam teknik flash..Yelah tahun depan nak jadi ustaz kat sekolah menengah pulak..Budak sekolah zaman sekarang nie dah pandai demand..Kalau bersyarah je boring tu lah nak kena tunjuk gambar yang bergerak. Barulah jadi ustaz yang tidak ketinggal terbelakang ye tak...


Kawan-kawan sekelas saya yang dari timur tengah (Mesir dan Jordan) lebih advanced dari saya dalam penggunaan internet nie..Nie yang membakar semangat saya dan membakar duit saya untuk membeli broadband..


Buat sahabat-sahabat saya tunggulah comeback saya dalam frienster, facebook dan blog ini...