CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 30, 2008

Selamat...

Salamz semua..dah lama saya menghentikan penulisan saya dan hari ini hati tergerak untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog yang serba merah ini.. Hari ini dalam sejarah..2 perkara yang menyebabkan saya berkata hari ini dalam sejarah..

Pertama, kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang di kasihi..ianya merupakan saat kesedihan buat semua rakyat Negeri Sembilan..Bagi saya sebagai orang Negeri Sembilan yang mempunyai suku sendiri (mengikut adat perpatih) yang sudah tentu sedih turut merasa kehilangan baginda namun sebagai hamba Allah, saya redha atas pemergian baginda..Setiap yang hidup pasti akan pergi. Saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah dahulu..Pada hari Jumaat yang mulia..Tuanku mencemar duli bertandang ke kampung saya yang tak seberapa ini ini untuk menunaikan sembahyang Jumaat bersama-sama rakyat tercinta..Baginda bagaikan tidak kisah walupun kampung saya penuh dengan bom2 hitam..(tahi lembu)..dan masjid yang kecil tanpa air cond..Selepas itu Tuanku mencemar duli sekali lagi santap bersama rakyat di tepi empangan batu kampung saya..Waktu itu seperti tiada protokol, baginda mengambil peluang untuk berbual dan beramah mesra bersama rakyat..Keperibadian sedikit sebanyak mengikuti ciri-ciri khalifah Umar Al-Khattab apabila baginda pernah menyamar sebagai rakyat biasa untuk mengetahui masalah rakyat baginda..Baginda sanggup masuk ke kawasan pendalaman dan berpura-pura menyamar untuk membeli petai dari orang asli semata-mata ingin mendekati rakyat..

Kini baginda telah tiada..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nya..Sedikit sebanyak contoh yang baik dari armarhum Tuanku perlulah di jadi kan contoh terutama sahabat-sahabat saya yang kebanyakkan nya adalah pemimpin..Yang di-Pertuan Besar yang baru, Tuanku Mukhriz Armarhum Tuanku Munawir teruskan usaha baginda memajukan negeri in..Daulat Tuanku!!

Kedua.. ini adalah hari terakhir saya berda di kolej ini..Bagi saya tarikh keramat 2 Muharam merupakan detik2 penghijrahan..Terima kasih kolej ku...Saya akan berhijrah mencari sesuatu yang baru..Akan saya ingati segala kenangan pahit dan manis di kolej ini..Kolej ini mengajar saya bekerja dengan gigih..Masih ingat lagi ketika saya ingin menghadirkan diri ke temuduga de ngan Mr Syamsul Kahar, kenderaan tiada dan saya terpaksa meminjam kereta kawan saya yang sudah uzur dan mempunyai dua warna biru dan silver..Tapi Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran saya dapat bekerja di sini sebagai pensyarah...

Tak dapat di gambarkan kesoronokan bersama-sama sahabat lain waktu itu, di sebelah malamnya main futsal bersama dan kengkadang makan dan minum bersama..Seronok juga bersama sahabat-sahabat yang lain bila tiba time Ibadah camp..hehehe..seronoknya...Buat sahabat semua, terima kasih atas segalanya..

Di dalam kelas juga begitu..kengkadang seronok, kengkadang geram, kengkadang mencuit hati melihat anak murid yang tersayang..Anyway..you all semua di dalam ingatan saya..Teruskan usaha anda kalian..

Buat IIC..selamat maju jaya....

Buat Ejat..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..

Saturday, November 8, 2008

Hakimi ku sayang..

Hari ini hari Ahad, suma orang lepak kat rumah, berjalan ke sana-sini, shoping dan sebagainya..Tetapi hamba hari ini masih menyetiakan diri berada di kolej tercinta ini untuk bersama berjuang melawan hawa nafsu untuk tidur di siang hari dengan menjaga exam..Hamba menjaga dua paper hari ini sampailah ke pukul 1.30..Kemudian hamba, nak balik tetapi ujan pulak..Jadi sementara menunggu ujan berhenti ini hamba cuba memanaskan key board komputer kak Dha yang tengah sejuk (Walaupun org nyer tengah panas time tu, sabar yer).

Mesti you all kenal ngan budak yang comel dalam gambar ini..Ini gambar anak hamba, Muhamad Amirul Hakimi..Hamba nak kongsi cerita mengenai mainan syaitan yang berlaku semalam terhadap diri hamba yang membuatkan hamba menangis dalam tidur sehingga membuat hamba terjaga..

Semalam hamba tidur agak lewat dalam pukul 3..Memang hamba saje jer nak berjaga sebab nak tengok pasukan kesayangan hamba menentang West Brom..Seronok tul hamba dan rasa puas sebab team hamba berjaya kalahkan West Brom 3-0..Kegembiraan hamba terbawak-bawak sampailah ke tidur..

Hamba berada dalam hutan bersama dengan kimi dan sahabat lain..Tiba-tiba ajer ada binatang buas menyerang..Hamba dan sahabat hamba terus memanjat pokok tinggi2..Hamba terlepas Kimi tapi sahabat hamba sempat menyambutnyer..Kami naik tinggi dan tinggi..Tiba-tiba hakimi terlepas dari tangan sahabat hamba dan terjatuh..Alangkah luluh nya hati seorang ayah apabila melihat anak nya jatuh..Hamba menangis teresak-esak..Sehingga terbangun dari tidur..Hamba lihat Hakimi masih tidur nenyak di sebelah..Hamba tak peduli, hamba terus cium pipi nya puas2..Memang hamba bersyukur time tu sebab semuanya hanya mimpi..

Jam menunjukan pukul 5.00 pagi..ini mungkin hadiah Allah untuk hamba..Hamba terus mengambil wudhu dan solat tahajud..Hati memanjatkan kesyukuran terhadapNya, di atas rahmat dan kasihNya, hamba dan keluarga hamba masih di beri peluang hidup untuk menghadapi cabaran di dunia fana ini..

Hamba dapat mengesan kesilapan hamba tadi yang mungkin menyebabkan hamba di ganggu oleh mimpi ngeri tadi..
1. Terleka seketika mengingati Allah S.W.T-Terlalu gembira menyaksikan bola..
2. Tidur tanpa menyebut namaNya-Terlalu letih kegembiraan dan tertidur
Di atas sebab-sebab ini, hamba yakin ini membuatkan syaitan mudah mengganggu diri..

Diharapkan dari cerita ini kita selalu mengingatiNya kerana kelalaian mengingatiNya akan menyebabkan Syaitan mudah mengusai diri..

Tuesday, November 4, 2008

Kisah seorang sahabat..

Ini kisah seorang sahabat..
Menyusuri hidup penuh dengan ranjau yang berduri..Sewaktu sahabat mula berkerja..Terasa terasingnya diri sahabat walaupun sahabat cuba ringan kan mulut, mula berbicara. Setelah sekian lama, sahabat mula gembira dengan suasana..Sahabat sebelah terbuka minda berkongi minda, ilmu dan masalah..Kini sahabat sebelah telah tiada..

Hidup kembali malap..seorang demi seorang pergi kini tinggal beberapa sahabat sahaja..Sahabat merasakan diri sahabat tidak terlalu penting untuk sahabat yang lain walaupun sahabat cuba menghampiri mereka..Apabila ada sesuatu yang tidak puas hati, sahabat telah diserang dengan sekeras-kerasnya..Walaupun ada kalangan sahabat yang lain membuat masalah lebih dari sahabat sendiri.

Untuk kegembiraan sahabat2 yang lain, sahabat selalu cuba membuat yang terbaik..Merancang segala perkara..Bermain bersama, berbuka bersama..Tapi itu cumalah kegembiraan sahabat yang lain sahaja..Hati sahabat tetap berduka lara..Tiada siapa yang nak tahu hati sahabat ini..Sahabat sering ketawa di wajah tetapi tidak di hati..

Hari ini sahabat terguris hati..Sahabat lain minum bersama..Tetapi tidak sahabat ini..Siapalah sahabat ini..mungkin ilmu agama yang tidak tinggi memisahkan segalanya..atau mungkin umur yang masih muda membikin jurang antara sahabat ataupun mungkin sejarah hidup silam sahabat yang pernah sosial menyebabkan sahabat yang berfikiran cerdik dan berilmu tinggi tidak mahu mendekati..

Ya Allah, kuatkan lah semangat sahabat..Sahabat berdoa agar mendapat rezeki dariNya..Sahabat memohon agar ada tempat lain yang boleh menerima sahabat seadanya..Biarlah sahabat dengan dirinya mengembirakan sahabat yang lain walaupun sahabat sendiri tidak di gembirai..Biarlah sahabat dengan Iman dan Taqwa terhadapNya walaupun tidak di bimbing sahabat cerdik pandai yang lain...

*Nukilan ini berkaitan dengan cerita yang terdahulu..Sahabat gembira mudah di cari..sahabat berduka sukar di temui..Jangan lihat wajah, pangkat, lihat lah pada diri kita sendiri..Kita adalah abdi semuanya sama..Semuanya diperhatikan oleh Allah S.W.T

Thursday, October 30, 2008

Kita nie hamba Allah...

Salammualaikum everybody.. Dah lama tidak mencoret cuma sekarang nie mendapat kembali kekuatan selepas kekusutan menyiapkan article review untuk kelas kelas master..Anyway thank you to Kak Yong sebab mengingatkan saya tentang blog saya yang tidak seberapa nie..Kebelakangan nie saya agak sibuk dengan perangai studentnye, anaknyer, lecturernyer dan sebagainya..Walaubagaimanapun, alhamdulillah saya sahut cabaran nie sebagai perjuangan untuk mencari keredhaannya.

Hari ini saya tertarik untuk berkongi dengan rakan sekalian tentang ilmu yang saya baru perolehi melalui salah sebuah kelas master saya (Survey in Islamic history and philosophy)..Pensyarah saya bernama Dr Yedullah dari India..Seorang yang simple dan bersemangat tinggi..Tidak kisah tentang apa orang kata tentang dirinya.

Ianya berkaitan diri kita, masyarakat kita yang semakin merundum tahap moralitinya, semakin rosak tahap akhlaknya..semakin rosak jiwanya..Bila di utarakan persoalan ini kebanyakan kita menyalahkan individu itu sendiri tanpa ada kaitannya dengan masyarakat sekeliling. Mana mungkin manusia boleh hidup seorang diri di dalam dunia..Ini lah masalah kita dalam masyarakat, sudah mula melupai saudara kita yang lain.

Bagi mengupas masalah ini, Dr Yedullah menyatakan bahawa kita telah menterbalikan istilah diri kita yang sebelum ini sebagai hamba Allah kepada hamba dunia..Kita tidak lagi mempunyai rasa sayang, kasih, hormat kepada orang lain..(Kalau adapun pada orang tertentu, kalau adapun kerana sebab2 tertentu..) Inilah malangnye bila kita menjadi hamba dunia menyebabkan kita menjadi sombong, pentingkan diri dan sebagainya.

Sekiranya kita memilih untuk menjadi hamba Allah, sudah pasti kita sedar tanggung jawab kita. Kita sedar tiada pangkat yang memisahkan kita bersama (Baik Datuk, Tan Sri, Tun, Tuan Hakim, Professor, Dr dan sekutu dengannya...)

Menjadi hamba Allah juga menyebabkan rasa kasih kita terhadap saudara seIslam kita, kawan2 kita yang bukan Islam. Sudah pasti kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.. Saling berpesan atas dasar kebenaran dan saling berpesan atas dasar kesabaran. Secara konklusinya, ini akan mewujudkan semangat persaudaraan yang tinggi dan Insya-Allah sudah pasti jiwa kita tenang sebelum menghadap yang Maha Pengasih Allah S.W.T.

Diharapkan apa yang di coretkan disini dapat memberi semangat kepada saya dan rakan seperjuangan untuk terus memantapkan diri kita sebagai Hamba Allah.

Tuesday, October 7, 2008

Selamat hari raya...

Selamat hari raya to all bloggers..Semoga kita menggunakan kesempatan yang ada nie untuk saling bermaafan antara satu sama lain. Bagi saya bulan Syawal nie jugak merupakan bulan yang mencabar jugak (so jangan ingan bulan Ramadhan jer..) Ye lah mencabar dari erti kata menahan perut dari pada gelojoh makan pelbagai juadah..(kalau gelojoh, get ready serbuk Eno dalam poket), sabar ketika mengeluarkan duit belanja (baik duit hari raya untuk budak2 ataupun duit minyak untuk balik ke kampung atau berjalan raya), mengontrol diri untuk bermaafan dengan kawan2 kita yang kita bermusuh sebelum nie dan sebagainya..

Walau bagai manapun masalah nya gunakan lah kreativiti yang ader untuk menyelesaikan masalah tersebut..Moga-moga kita bergembira bersama di hari raya ini dan jangan berduka lagi..Buang yang keruh ambil yang jernih...

*Kalau boleh untuk bloggers semua moh lah kita mendapatkan hadiah besar dari Allah SWT sempena Syawal nie iaitu berpuasa enam, Insyaallah.....

Thursday, September 25, 2008

Nasi Arab di UIA

Salamz semua...
Dah lama tak mencoret..Baru nie ada mase.. Selamat Berpuasa dan selamat berhari raya kepada semua..Alhamdulillah..hari nie saya nak share tentang pengalaman semalam iaitu berbuka puasa dengan sahabat-sahabat..(Ustaz Fauzan, Rizal, Amat Library, Zaki, Cik Jaya)..Memang seronok betul..(Bukanlah seronok makan je.., seronok berbual jugak ler..)

Dari kolej kami bertolak pukul 6.15, memang jalan tgh jem..Yelah, ade yang dah nak balik kampung dan ada yang baru balik kerja..Menaiki perdana v6 putih Ustaz Fauzan nie menyebabkan kami tak terasa sangat suasana jem nie..Kami sampai di UIA dalam pukul 6.45 dan terus menuju ke restoran member si Rizal nie..Senang jer nak cari, restoran nya terletak kat kantin ekonomi (Satu2 nya restoran kat situ yang ber air-cond bertutup)

Pelanggan pulak memang ramai hari tu..Of course lah yang ramai nya student..Tapi rase2nya ada jugal lecturer UIA melihatkan cara dia orang yang kontrol..Bunga pun ramai jugak tapi bahasa nye tak paham..Kami order nasi arab and air amik je lah ape-ape air..

Nasi Arab nie di hidangkan ngan daging kambing...Tapi di sebabkan saya and Cik Jaya tak makin kambing, kami berdua mkan lauk special sikit..Lauk Ayam Kurma..Di samping tu jugak owner ada menghidangkan kari daging dan sedikit kuih muih untuk santapan pertama selepas berbuka..

Nasi nya memang nyaman, terasa rempah nya... Sehingga terasa nak tambah lagi..Tapi malangnya..Bila Sheikh Rizal nak minta nasi tambah, owner cakap dah habis..Yelah mungkin sebab ramai sangat pelanggan tadi kot..Makan sambil berborak memang seronok..Tup tap dah nak dekat pukul 8.. Kami terus bergerak ke surau kuliyyah ekonomi untuk semabahyang maghrib berjemaah..lepas tu terus pulang ke rumah...

Balik saya tumpang Amat.."Terima kasih ye sebab tolong hantar aku amik anak kat Seri Gombak"..Dan tak lupa juga kat Sheikh Rizal.."Terima kasih ye belanja makan.."Dan kat semua yang terlibat.."Terima kasih ye sebab buat diri nie happy selepas stress".

p/s: Nak tengok gambar kami berbuka rase2nye leh gi ke blog Sheikh Rizal..@jalan rebung..Itu pun kalau dia dah publish kan...

Tuesday, August 26, 2008

Selamat Pengantin Baru..and Wecome to Kuantan...

Salamz...Dah lama saya membiarkan blog nie bersawang..Bukannya aper..Masa yang terlalu menghimpit menyebabkan saya tak berkesempatan mengemaskini blog nie..Kalau ikutkan 2 minggu yang lepas merupakan minggu yang agak sibuk untuk saya..Busy menyediakan presentation untuk kelas master (2 subjek tu), busy buat kelas replacement (nak mintak cuti lah tu..), busy melayan saudara mara dari Sarawak sempena cuti sekolah dan sebagainya..Alhamdulillah, inilah masanya saya nak berkongsi dengan readers semua,cerita tentang perkahwinanan sahabat kita Mohd Fadzil di Kuantan..Seronok jugak hari tu..Yelah sambil menyelam minum air..Kita orang sempat jugak pergi jalan2 di bandar Kuantan and Teluk Chempedak..Cantik sungguh ciptaan Allah, Subhanallah...


Pagi Ahad 24.8.08, saya bersama sahabat yang lain (Husam, Mat Nor and Amat ITD) bertolak ke Kuantan menaiki Toyota Vios Mat Nor..Sepanjang perjalanan memang seronok jugak..Yelah dapat berborak panjang di samping dapat merasai nikmat bujang seketika..(Tak dengar rengek Hakimi sekejap)..Pada mulanya saya rasa tak yakin dapat berulang alik ke Kuantan dalam masa setengah hari, tapi Mat Nor meyakinkan sumany pasti boleh..memang boleh sungguh, Mat Nor bawak kereta laju betul, nasib baik tak terbang..Satu lagi yang saya belajar tentang kereta vios nie..dia ada special button yang boleh menyebabkannya accelerate lebih laju dari biasa.

Kami singgah di jalan Karak lama sekejap untuk minum pagi..Masing-masing makan nasi lemak telur mata..Kemudian sambung perjalanan balik..Ini kali pertama saya melalui LPT (Lebuhraya Pantai Timur)..Memang smooth..Patutlah Mat Nor yakin sangat tadi..Akhirnya kami sampai di Gambang ngam-ngam pukul 12.30..Mulanya tersesat jugaklah nak cari rumah pengantin..Yelah konfius dengan map yang Fazil, tapi dengan kepakaran Mat Nor sebagai anak Pahang yang sejati akhirnya kita orang sampai jugak ke rumah pengantin..Rumah Fadzil nie, tak silap saya merupakan kawasan
perumahan baru..
*Khemah depan rumah Fadzil..

Kacak sungguh Fadzil hari tu..Mengenakan pakaian baju bewarna Maroon..Macam seorang laksamana pulak sekali pandang..Makanan memang best lebih-lebih lagi orang tak ramai lagi so bolehlah kami makan dengan hati yang tenang dan gembira..Lepas makan kami nak ambil berkat..(apa salah nye kan, kalau saya ambil berkat sekali lagi he..he..)..dengan bergambar dengan pengantin...Ini gambar penagnti yang saya sempat rakamkan ari tu... Masing-masing sama cantik and sama padan kan...Habih bergambar kami..Mat Nor ajak gi Kuantan..Dia cakap dah tak jauh lagi..Kami pun ikut jelah..Memang betul tak jauh, sepelaungan dari rumah Fadzil rupanya..Jalan tak berapa jem kat Kuantan nie..(mungkin ari tu last cuti sekolah kot)..Mat Nor macam pemandu pelancong kita orang.. Tepat ku 2 kita orang sampai kat Teluk Cempedak...Subhanallah cantik sungguh pemandangan laut Cina Sealatan nie..Pantainya tak crowded, kalau Port Dickson, ari Ahad macam tu usah haraplah dapat pergi..takde parking beb...

Saya tak sabar-sabar terus berlari anak ke pantai nak merasa air laut Teluk Cempedak..Hmmm..Nyamannya sungguh, bak kata orang Sarawaknya..Dah menarik. tak crowded.Kat situ pun ada banyak kedai cendera mata..Saya sempat beli baju hawaii untuk Hakimi.

Kami jalan lagi menyusuri batu-batu di tepi pantai Teluk Cempedak nie.. Ramai orang berpikinik.."menarik jugak nie" kata Husam.."Jom kita pergi lagi tempat njie..Bermalam skali"kata Husam lagi.."Menarik jugak idea nie..Jomlah aku nak ikut skali"..Jawab Amat ITD..."Aku tak berani nak cakap, aku kena mintak permit dulu.."Jawab saya sambil Mat Nor tergelak besar...


















*Jejaka hensem tangah main air laut


*Gambar di ambil dari jejambat kayu


Dah pukul 2.30, kami sembahyang jamak dahulu kemudian terus pulang ke K.L..tapi sebelum tu kami singgah di tebing sungai Pahang untuk bergambar kenangan..Mat Nor bawa kereta memang laju, tapi Alhamdulillah sumanya selamat, kami sampai di K.L pukul 5.30..Esok keje..Jaga exam lak tu..Jumpa lagi di lain warkah.. Wassallam

Tuesday, August 5, 2008

Aku budak minang...

Hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga saya pulang ke kampung..Dah lama tak pulang ke kampung..Seolah-olah rumah lama mamanggil menyuruh pulang. Lebih-lebih lagi isteri tersayang heboh nak makan rambutan. Kalau pikirkan malas jugak nak pulang ke kampung nie yelah..Cabaran pertama melalui Bukit putus mempunyai banyak 'lap', macam litar lumba.Yang paling bosan sekali bila mengikut belakang lori.Punyalah slow..Nak memotong takut sebab tak nampak kereta.




Anyway, rumah saya terletak di Kampung Talang, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan..Banyak kenangan di rumah lama ini. Saya memang di lahirkan di Kuala Lumpur, tetapi sewaktu berusia dalam 3 tahun, saya mengikut ibu bapa bertukar tempat kerja di Seremban dan Kuala Pilah..Alasan ibu bapa saya bertukar ke Negeri Sembilan ialah untuk menjaga arwah datuk yang sedang sakit. Bermula dari situlah, saya bergelumang dengan cara hidup kampung, bermain lumpur di sawah, menangkap ikan dan sebagainya.



Saya tinggal di rumah ini sehingga tahun 2004, selepas arwah ibu tercinta meninggal..terasa rumah nie terlalu besar bagi kami, bibik pula dah berhenti. Jadi ayah mengambil keputusan untuk membawa kami tiga beradik pindah ke Seremban (rumah yang arwah ibu sempat beli)

Sedih memang sedih, nak buat camner..Banyak masalah lagi bila duduk di sana (Adat-perpatihnya dan sebagainya.)Jadi terbiarlah rumah nie..


Sewaktu saya pulang ke kampung, saya sempat mengambil gambar rumah untuk tatapan rakan-rakan sekalian..Kalau ikutkan 80% dari binaan rumah ini mengikut ciri-ciri minang kabau, cuma kalau kawan perhatikan betul-betul tanduk rumah ini dah tinggal satu, sebab dulu ayah nak buat rumah batu separuh jadi terpaksa robohkan tanduk yang satu lagi tu. Kalau kita teliti lagi yang bahagian bertanduk tu boleh di katakan yang ianya tidak menggunakan sebarang paku.


Rumah nie pulak terletak di atas bukit, di hadapan nya kita boleh lihat sawah padi..Tetapi sewaktu kami tiba, tiada lagi sawah padi.Dengar cerita penduduk kampung dah menyewakan tanah dia orang untuk tanaman jagung dan pisang.

Kadang-kadang saudara-mara suruh kami adik beradik duduk di rumah tu semula..Tapi apakan daya, kos nak membaiki segalanya tak termampu kami membayarnya..Insyaallah kalau ada rezeki nanti, atas nama pakatan adik beradik yang lain, rumah ini akan ceria kembali.





*rasa sedih nak teruskan cerita ini sebenarnya, teringat kat arwah ibu..Dan yang sedih jugak tengah menulis tadi Che We (Ustaz Wan Ariff) declare yang bulan ini merupakan bulan terakhirnya di sini..Anyway, all the best Che We in your future life.

Thursday, July 31, 2008

Chelsea, Chelsea...

Dua ari yang lepas merupakan ari yang amat berbahagia untuk fanatik Chelsea, ialah team dia orang datang ke sini lawan ngan Malaysia..Aku memang tak ler minat ngan Chelsea nie..Bagi aku musuh tradisi lagi adalah..Yelah team kesayangan aku kan the Reds..LIVERPOOL..You will never walk alone...Tapi since Chelsea nie team dari English premier league memmbuatkan aku nak tahu sangat tentang Chelsea nie..So ari tu memang berharap sangatlah ade live kat tv. Balik dari opis, pegi ambil anak aku dulu kat child care..Nampaknye yang jaga anak aku pun tahu yang Chelsea lwn malam tu so dia dah siapkan pakaikan kan anak aku dengan baju Chelsea..Mestikan korang tertanya-tanya kan ngape belikan baju Chelsea untuk anak aku, ngapa tak Liverpool...Kau orang mesti tahu kan...Penaja Liverpool nie sapa..Selagi penaja tak tukaq selagi tu aku tak beli baju Liverpool nie..

Anyway..Aku beli baju Chelsea untuk dia pun untuk memberi galakan jugak untuk dia mengenal bola sepak..Yelah walaupun anak aku nie baru 1 tahun setengah..Hopefully, jersey No Lapan yang tertulis nama Lampard tu dapat bagi satu magik kat anak aku untuk main bola sepak satu hari nanti..Mana tahu satu hari nanti ke Mohamad Amirul Hakimi bakal menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain dengan kelab elit England ker..Insya-Allah..

Lepas balik umah,baru teringat yang aku ada kelas master pukul 6 sampai kul 10..Camner nie..Dah lah turn aku present ari nie...Pikir punya pikir dapat satu idea..Berterus terang saja lah kat lecturer and mintak balik awal pkul 7.30..Alhamdulillah plan berjalan dgn baik sekali..Lepas saje aku present aku terus balik, memecut motor ku ke istana ku di Padang Balang..Sampai umahlak tunggu punyer tunggu..Berpuluh-puluh kali menekan punat remote..Tukar channel sana,tukar channel sini memang takde live pulak..kecewa giler pak cik..Tapi takpelah badan dah letih tidurlahh...

Esoknya kat opis dapat tahu yang malam tu ada siaran ulangannya kat Astro..Seronoknyer..Bila balik umah Alhamdulillah, memang ade live rupanyer..Tapi nak tunggu game bermula memang lama..Yelah terpaksa mengadap Muka Sheeby and Host tu dulu borak2. Game dah start..Knowledge yang aku dapat pemain Chelsea nie memang tinggi especially John Terry..Aku ingat tingginya mcm Aidil Zakuan aje..Rupa-rupanya lebih kurang sama tinggi dengan aku..Game tu memang best..Cara di orang kontrol bola, passing bola nampaknya memang team kita (Malaysia) memang jauh di blakang..Arap2 game nie bole bagi lebih pendedahan kat player kite..

Tengah-tengah syok menonton, satu rumah black out..Pergi tinjau kat luar..Tengok ada orang TNB tengah baiki kabel elektrik dpan rumah..Malangnyer, macam-macam dugaan..Tapi takpelah dapat tgk skit kira ok dari tak tak tgk langsung..Mata dah ngantuk..Kita tidur dulu...

So lesson nye di sini..Kalau ati dah tak minat..Bila nak buat sesuatu tu memang mcm-mcm lah masalah datang..Yang penting sabar dan kuat kan semangat pasti berjaya..Macam akulah tak minat Chelsea, bila nak tgk Chelsea main macam-macam masalah yang datang..Tapi takpelah..To Chelsea fan...See you in next season. Torres and Keane will destroy your hope for EPL championship ang European cup ha..ha..

Tuesday, July 22, 2008

Alhamdulillah...

Nampaknya semenjak wujudnye School (School of Islamic studies) baru di kolej, kelihatan sedikit bercahaya kolej ini..Selama nie kita dapat tgk golongan pelajar yang hanya memakai pakaian kasual dan lebih menumpukan tumpuan kepada subjek dia orang sendiri..(Bisnes,It or education) tapi sekarang kita boleh lihat beberapa bakal ustaz and ustazah..Alhamdulillahh..Kita bukan sahaja akan mengeluarkan bakal ustaz dan ustazah yang hanya mampu menyampaikan ceramah atau dakwah dalam bahasa melayu tetapi juga mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dam Bahasa Arab, Insya-Allah..
Dan yang menariknyer..Ustaz dan Usatazah nie jugak mampu bercerita tentang ilmu duniawi seperti bisnes..,IT..(Sbb 20% dari pengajian mereka boleh pilih ilmu apa yang mereka nak belajar..) Itulah yang specialnyer bakal-bakal ustaz and ustazah kolej nie..Sooo selain menggunakan ilmu yang ada untuk berdakwah..Ustaz dan Ustazah kolej nie mampu membantu dalam pembangunan negara..
Baru tadi Kak Dha (Deputy dean) meeting dengan bakal-bakal ustaz dan ustazah kita nie..Menurut kata Kak Dha..Mereka memang bersemangat sesangat nak tahu tentang subjek yang mereka bakal ambil dalam Islamic Studies School nie..Alhamdulillah, berkobar-kobar jiwa anak muda kita yang cintakan Islam ini..
Bukan itu sahaja, pernah saya dihampiri salah seorang pelajar DIC ini sendiri yang menceritakan tentang perihalnya baru berjumpa dengan Ustaz Cik We..Mereka berbincang tentang jln2 atau cara2 untuk mengimarahkan surau yang sering sepi ditinggalkan selepas sahaja waktu sembahyang berjamaah bersama..Katanya.."mungkin kita boleh adakan Usrah atau majlis ilmu Ustaz"..Saya menjawab,"ya..Insya-Allah, saya akan sentiasa menyokong.."
Terharu rasanye melihat telatah mereka..Apa yang penting sekarang nie ialah membantu mereka merealisasikan impian mereka..Seterusnya melihat Islam terus subur di bumi yang penuh pancaroba ini..

Thursday, July 17, 2008

Nasi ayam dara...

Ari nie adalah ari penghulu segara hari..(Jumaat le..)..Dari pgi sampailer ke tgh ari..Ordinary day..Kul 10 ade Usrah..Seronok jugak ler walaupun kelas nye kecil studentneyr ramai tak terganggu sangat untuk berdakwah pada hari nie...Tapi macam biasalah..Kelas nie di kontrol oleh golongan hawa..Golongan adamnyerr ntahlah smakin hari smakin pupus (nie tanda nak dekat kiamat)..Kelas berlangsung 1 jam setengah, topik perbincangan ari nie kelemahan diri masing-masing..
Nampak sumanyer bagi kerjasama yang baik..Ada juga yang tgh present tu kluarkan air mata beharga dia orang..Pastu aku mintak member diaorg yang lain bg nasihat..Pastu aku concludekan ler...
Abis usrahkul 11.30..Borak borak sambil gelak2 pasal terapi ikan..(ikan yang gigit kaki tu).Husam cadangkan terapi yang mungkin boleh di komersialkan iaitu terapi katak..Rasa rasa aku kalau nak buat bisnes nie kena ader bilik khas utk stiap customer...Yelah kang mesti ade yang terjerit-jerit geli n mesti akan ganggu customer lain...
Tup tap dah kul 12.15, Husam ajak g makan nasi ayam dara..kat dpan masjid time tu..Just nak share perasaan ketika makan nasi ayam dara time..sugguh sedap sehingga menjilat jari, kalau iklan roti sebut gadingnya, kalau orang Sarawak sebut emmmm nyamannyer..Yelah perut lapar..
Kepada yang tak penah mkn lagi nasi nie..Ayamnye di goreng ngan rempah n ramuan khas..Tapi yang pasal nama dara tu tak dpat di pastikan..Mungkin ayam yang dipilh tu ayam yang masih dara tak kawin lagi or mungkin jugak tokeh kedai tu nama cik Dara..or apa-apejelah..
Kuahnyer rasa gulai kawah Kelantan and disertai dengan sambal yang merah..Soo sape yang tak cuber tu leh lah cuba nantii
Adios nak gi kelas pulak nie...

Tuesday, July 15, 2008

Panas...


Pagi nie saje ler berboarak ngan Kak G, sebenarnya aku nie takdelah side mana-mana political party..I am liberal..Tersentuhlah pasal debat smlm..Rupanya G nie fanatik Anwar..Saje jelah nak cucuk dia...Kesudahannya jadi panas pulak...Dah lah tu bukan sorang je minah foreigner serang aku, dua orang beb..(Dr Syadia)

Tapi takpelah sekurang-kurangnya orang luar concern sgt dengan senario politik tanah air tercinta nie..Ape2 hal pun mari kita sedekahkan Alfatihah kepada tokoh bola sepak Kedah, Datuk Ahmad Basri Akhil..

*Gambar di atas ialah gambar mat rempit yang sedang mengganas..sempat di ambil waktu nak beli baju baru kat Jalan TAR..Moralnyer..sayanglah diri anda and Amat...aku pandai jugak amik gambar..

Monday, July 14, 2008

Kepala macam nak pecah...


Ari nie memang ari yang berat sgt sebab aku ada kelas direct 1 jam setengah dan yang paling tensen skali malam nie kelas master rally dari kul 6 smpai pkl 10...Yang paling best skali tak dpat tgk debat between Anwar and Shaberi..Tu lah dia, dulu suruh blajar rajin-rajin jadi boss tak nak ikut skang jadi kuli batak kenalah buat jugak..

Kengkadang jeles jugak tgk member yang berjawatan buat keje skit, klas sikit, elaun pulak banyak..Tapi takpelah ade hikmeh di sebaliknyer..Tu sebab aku nak buat master, bulehlah naik skit gaji nie...Tapi yang pling ptg skali ilmu tu pnting dalam Islam..Tuntutlah ilmu smpai ke liang lahad..

Tapi takpelah...Kalau you all mcm saya, apa yang perlu di buat..Buat lah skit jadual skit supaya keje tak berterabur..Bila terabur akan jadi tensen pulak kan? Dan yang paling penting disiplin..Dan yang pling penting skali doa dan kuatkan semangt untuk menghadapi hari yang mendatang..

Oklah aku nak gi berdoaa... nie...
Gambar kat atas tak berapa berkenaan ngan citer aku tapi waktu skolah dulu aku suka sgt lagu Guns n roses nie...

Thursday, July 10, 2008

Kokak...




Sorry this is not my son pitcures..If I were his father, of course now he will be in trouble..But what ever it is, try to look at his face....Maybe has something in his mind now...May be he is thinking about his father that still don't get the bonus...And of course he feel sad..because like other people said 'no money no talk'...So the implication he can't ask his father to buy anything..




Thats why the baby look sad..My advice to him..Just pray to Allah hopefully the bonus will release soon..But the most important think, I am kokak now, "No money, difficult to talk"


My friends, my friends ooooooooo


Skang nie tgh boring teramat sangat, ingat tadi lepas zohor nak buat sikit nota, tapi mat bangla tgh baiki air cond pulak..Tu electric supply terpaksa di tutup sekejap..And sementara nak menunggu elektrik datang balik nie, teringat balik kat member-member opis yang lama...

Alangkah meriah time tu dengan Ustaz Mahiz yang memang sporting and lawaknya, Ustaz K.N yang selalu di tegur Husam dgn Ya........Sheikh nya, Ustaz Fauzan, Yang nampak strict tapi sempoi...

Time tu leh lah nak tunjuk belang dalam opis sbb suara kami nie masih buleh lagi mengkaunter suara kak tah waktu tu...Tapi suma tu tinggal kenangan, masing-masing dah ada hala tuju masing2.

Skang nie yang tinggal cuma aku dan jejaka Teluk Intan,Kengkadang nak lepak dalam opis pun naik segan sebab ramai sangat kaum Hawa...

So conclusion nye di sini, apa nak buat sabar je lah..Yang kekal pasti akan pergi..

*Gambar kita orang tgh buat group binding di Hulu Yam

Tuesday, July 8, 2008

Bonda..


Nie gambar bonda tersayang bersama adik yang sitemmm...dan juga wife tercinta dan anakanda yang comel...Wlaupun mak sebenar aku dah meninggal, aku amat menyayangi mak Sarawak macam mak sendiri..

Yang paling di ingati susah senang saya mak selalu bersama..Saya cukup terhutang budi dengan mak..Walaupun kita berjauhan tapi hati saya dekat di sana..Allah maha besar, saya yang rapat dengan arwah ibu kini dapat menumpang kasih dengan mak..

Saya tahu ari nie mak akan menghadapi minor operation..Saya doakan sumanya selamat..

Monday, July 7, 2008

Kenangan di Sarawak...


Ni pasal tadilah nie..Tgh sibuk-sibuk cari buku lain terjumpa gambar lama..Nie gambar ake bersama student aku dulu kat Sarawak..Dulu aku di lantik untuk jadi jurulatih takraw beb!!! Alhamdulillah, students aku nie sumanya Iban mempunyai semangat macam pahlawan Iban sendiri..So kita dapat tempat ketiga...

Seronok bila imbas balik kenangan lalu..Hopefully you all akan jadi player berbakat satu hari nanti...

Let us united together....


Gambar nie sebenarnya gambar yang di ambil dari kerja khusus orang rumah yang tercinta...Sekali tgk, takde rase ape2, 2 kali tgk baru terasa bangga yang kite nie ade pelbagai bangsa dan budaya..Dan yang menariknye boleh hidup bersama-sama..Marilah sama-sama berdoa agar kekalanlah selamanya..

Camner cara nak maintain benda nie, mestilah bermula dari kita sendiri, hubungan kita ngan orang lain kenalah baik..Mestilah hormat antara satu sama lain...Tapi kengkadang disebabkan jawatan, wang dan segalanya buatkan kita lupa sifat2 murni nie..

Bayangkanlah kalau kite berpecah,takde untungnye, syaitan pulak bertepuk tangan melihat kiter..Yang penting tgk cermin,cerminkan wajah kita sendiri sama ada kita nie ada kelemahan atau tidak.Ada kelemahan kita baiki...Bayangkanlah, seluruh rakyat Malaysia bermuhasabah diri, Insyaallah kita akan hidup aman dan tenteram selamanya.

Sunday, July 6, 2008

Kiutnyer aku....


Haa....Nak tgk gambar aku muda-muda..Nie..lahhh, Apa tak percaya ker???Macm gambar baru...Memang gambar baru pun...Actually, nielah putera hati kesayangan beta...Muahamad Amirul Hakimi namanye..Skang nie umurnya dah 1 bulan stengah..

Sooo sapa-sapa nak bekenalan ngan dia (manalah tau nak booking buat menantu ker, he..he..)Just inform me...okk

Ari nie ari bekerja...


Salamz...

Ari nie ari pertama sem satu..Pening and pening..Apa taknya, baru tadi check kelas..Aku kena ajar 7 section termasuk dengan kelas master aku..Sem nie aku ngajar 7 section and blajar 3 kelas..Sumanya 10 kelas.....Berat mata korang memandang berat lagi bahu aku yang sakit nie memikul..

Anyway, inilah lumrah dunia tak lari dari cabaran dan dugaan..Tanpa cabaran dan dugaan tak meriahlah hidup..Tanpa cabaran dan dugaan jugak kita tak belajar dari sesuatu..

Sooo kepada my readers sekalian (kalau adelah..)Jomlah kita bersama-sama menyahut cabaran yang mendatang..

Oklah tak sbar nak masuk kelas ngan baju yang yang baru beli dari kamdar nie...