CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 8, 2008

Hakimi ku sayang..

Hari ini hari Ahad, suma orang lepak kat rumah, berjalan ke sana-sini, shoping dan sebagainya..Tetapi hamba hari ini masih menyetiakan diri berada di kolej tercinta ini untuk bersama berjuang melawan hawa nafsu untuk tidur di siang hari dengan menjaga exam..Hamba menjaga dua paper hari ini sampailah ke pukul 1.30..Kemudian hamba, nak balik tetapi ujan pulak..Jadi sementara menunggu ujan berhenti ini hamba cuba memanaskan key board komputer kak Dha yang tengah sejuk (Walaupun org nyer tengah panas time tu, sabar yer).

Mesti you all kenal ngan budak yang comel dalam gambar ini..Ini gambar anak hamba, Muhamad Amirul Hakimi..Hamba nak kongsi cerita mengenai mainan syaitan yang berlaku semalam terhadap diri hamba yang membuatkan hamba menangis dalam tidur sehingga membuat hamba terjaga..

Semalam hamba tidur agak lewat dalam pukul 3..Memang hamba saje jer nak berjaga sebab nak tengok pasukan kesayangan hamba menentang West Brom..Seronok tul hamba dan rasa puas sebab team hamba berjaya kalahkan West Brom 3-0..Kegembiraan hamba terbawak-bawak sampailah ke tidur..

Hamba berada dalam hutan bersama dengan kimi dan sahabat lain..Tiba-tiba ajer ada binatang buas menyerang..Hamba dan sahabat hamba terus memanjat pokok tinggi2..Hamba terlepas Kimi tapi sahabat hamba sempat menyambutnyer..Kami naik tinggi dan tinggi..Tiba-tiba hakimi terlepas dari tangan sahabat hamba dan terjatuh..Alangkah luluh nya hati seorang ayah apabila melihat anak nya jatuh..Hamba menangis teresak-esak..Sehingga terbangun dari tidur..Hamba lihat Hakimi masih tidur nenyak di sebelah..Hamba tak peduli, hamba terus cium pipi nya puas2..Memang hamba bersyukur time tu sebab semuanya hanya mimpi..

Jam menunjukan pukul 5.00 pagi..ini mungkin hadiah Allah untuk hamba..Hamba terus mengambil wudhu dan solat tahajud..Hati memanjatkan kesyukuran terhadapNya, di atas rahmat dan kasihNya, hamba dan keluarga hamba masih di beri peluang hidup untuk menghadapi cabaran di dunia fana ini..

Hamba dapat mengesan kesilapan hamba tadi yang mungkin menyebabkan hamba di ganggu oleh mimpi ngeri tadi..
1. Terleka seketika mengingati Allah S.W.T-Terlalu gembira menyaksikan bola..
2. Tidur tanpa menyebut namaNya-Terlalu letih kegembiraan dan tertidur
Di atas sebab-sebab ini, hamba yakin ini membuatkan syaitan mudah mengganggu diri..

Diharapkan dari cerita ini kita selalu mengingatiNya kerana kelalaian mengingatiNya akan menyebabkan Syaitan mudah mengusai diri..

Tuesday, November 4, 2008

Kisah seorang sahabat..

Ini kisah seorang sahabat..
Menyusuri hidup penuh dengan ranjau yang berduri..Sewaktu sahabat mula berkerja..Terasa terasingnya diri sahabat walaupun sahabat cuba ringan kan mulut, mula berbicara. Setelah sekian lama, sahabat mula gembira dengan suasana..Sahabat sebelah terbuka minda berkongi minda, ilmu dan masalah..Kini sahabat sebelah telah tiada..

Hidup kembali malap..seorang demi seorang pergi kini tinggal beberapa sahabat sahaja..Sahabat merasakan diri sahabat tidak terlalu penting untuk sahabat yang lain walaupun sahabat cuba menghampiri mereka..Apabila ada sesuatu yang tidak puas hati, sahabat telah diserang dengan sekeras-kerasnya..Walaupun ada kalangan sahabat yang lain membuat masalah lebih dari sahabat sendiri.

Untuk kegembiraan sahabat2 yang lain, sahabat selalu cuba membuat yang terbaik..Merancang segala perkara..Bermain bersama, berbuka bersama..Tapi itu cumalah kegembiraan sahabat yang lain sahaja..Hati sahabat tetap berduka lara..Tiada siapa yang nak tahu hati sahabat ini..Sahabat sering ketawa di wajah tetapi tidak di hati..

Hari ini sahabat terguris hati..Sahabat lain minum bersama..Tetapi tidak sahabat ini..Siapalah sahabat ini..mungkin ilmu agama yang tidak tinggi memisahkan segalanya..atau mungkin umur yang masih muda membikin jurang antara sahabat ataupun mungkin sejarah hidup silam sahabat yang pernah sosial menyebabkan sahabat yang berfikiran cerdik dan berilmu tinggi tidak mahu mendekati..

Ya Allah, kuatkan lah semangat sahabat..Sahabat berdoa agar mendapat rezeki dariNya..Sahabat memohon agar ada tempat lain yang boleh menerima sahabat seadanya..Biarlah sahabat dengan dirinya mengembirakan sahabat yang lain walaupun sahabat sendiri tidak di gembirai..Biarlah sahabat dengan Iman dan Taqwa terhadapNya walaupun tidak di bimbing sahabat cerdik pandai yang lain...

*Nukilan ini berkaitan dengan cerita yang terdahulu..Sahabat gembira mudah di cari..sahabat berduka sukar di temui..Jangan lihat wajah, pangkat, lihat lah pada diri kita sendiri..Kita adalah abdi semuanya sama..Semuanya diperhatikan oleh Allah S.W.T