CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 25, 2008

Nasi Arab di UIA

Salamz semua...
Dah lama tak mencoret..Baru nie ada mase.. Selamat Berpuasa dan selamat berhari raya kepada semua..Alhamdulillah..hari nie saya nak share tentang pengalaman semalam iaitu berbuka puasa dengan sahabat-sahabat..(Ustaz Fauzan, Rizal, Amat Library, Zaki, Cik Jaya)..Memang seronok betul..(Bukanlah seronok makan je.., seronok berbual jugak ler..)

Dari kolej kami bertolak pukul 6.15, memang jalan tgh jem..Yelah, ade yang dah nak balik kampung dan ada yang baru balik kerja..Menaiki perdana v6 putih Ustaz Fauzan nie menyebabkan kami tak terasa sangat suasana jem nie..Kami sampai di UIA dalam pukul 6.45 dan terus menuju ke restoran member si Rizal nie..Senang jer nak cari, restoran nya terletak kat kantin ekonomi (Satu2 nya restoran kat situ yang ber air-cond bertutup)

Pelanggan pulak memang ramai hari tu..Of course lah yang ramai nya student..Tapi rase2nya ada jugal lecturer UIA melihatkan cara dia orang yang kontrol..Bunga pun ramai jugak tapi bahasa nye tak paham..Kami order nasi arab and air amik je lah ape-ape air..

Nasi Arab nie di hidangkan ngan daging kambing...Tapi di sebabkan saya and Cik Jaya tak makin kambing, kami berdua mkan lauk special sikit..Lauk Ayam Kurma..Di samping tu jugak owner ada menghidangkan kari daging dan sedikit kuih muih untuk santapan pertama selepas berbuka..

Nasi nya memang nyaman, terasa rempah nya... Sehingga terasa nak tambah lagi..Tapi malangnya..Bila Sheikh Rizal nak minta nasi tambah, owner cakap dah habis..Yelah mungkin sebab ramai sangat pelanggan tadi kot..Makan sambil berborak memang seronok..Tup tap dah nak dekat pukul 8.. Kami terus bergerak ke surau kuliyyah ekonomi untuk semabahyang maghrib berjemaah..lepas tu terus pulang ke rumah...

Balik saya tumpang Amat.."Terima kasih ye sebab tolong hantar aku amik anak kat Seri Gombak"..Dan tak lupa juga kat Sheikh Rizal.."Terima kasih ye belanja makan.."Dan kat semua yang terlibat.."Terima kasih ye sebab buat diri nie happy selepas stress".

p/s: Nak tengok gambar kami berbuka rase2nye leh gi ke blog Sheikh Rizal..@jalan rebung..Itu pun kalau dia dah publish kan...