CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 26, 2008

Selamat Pengantin Baru..and Wecome to Kuantan...

Salamz...Dah lama saya membiarkan blog nie bersawang..Bukannya aper..Masa yang terlalu menghimpit menyebabkan saya tak berkesempatan mengemaskini blog nie..Kalau ikutkan 2 minggu yang lepas merupakan minggu yang agak sibuk untuk saya..Busy menyediakan presentation untuk kelas master (2 subjek tu), busy buat kelas replacement (nak mintak cuti lah tu..), busy melayan saudara mara dari Sarawak sempena cuti sekolah dan sebagainya..Alhamdulillah, inilah masanya saya nak berkongsi dengan readers semua,cerita tentang perkahwinanan sahabat kita Mohd Fadzil di Kuantan..Seronok jugak hari tu..Yelah sambil menyelam minum air..Kita orang sempat jugak pergi jalan2 di bandar Kuantan and Teluk Chempedak..Cantik sungguh ciptaan Allah, Subhanallah...


Pagi Ahad 24.8.08, saya bersama sahabat yang lain (Husam, Mat Nor and Amat ITD) bertolak ke Kuantan menaiki Toyota Vios Mat Nor..Sepanjang perjalanan memang seronok jugak..Yelah dapat berborak panjang di samping dapat merasai nikmat bujang seketika..(Tak dengar rengek Hakimi sekejap)..Pada mulanya saya rasa tak yakin dapat berulang alik ke Kuantan dalam masa setengah hari, tapi Mat Nor meyakinkan sumany pasti boleh..memang boleh sungguh, Mat Nor bawak kereta laju betul, nasib baik tak terbang..Satu lagi yang saya belajar tentang kereta vios nie..dia ada special button yang boleh menyebabkannya accelerate lebih laju dari biasa.

Kami singgah di jalan Karak lama sekejap untuk minum pagi..Masing-masing makan nasi lemak telur mata..Kemudian sambung perjalanan balik..Ini kali pertama saya melalui LPT (Lebuhraya Pantai Timur)..Memang smooth..Patutlah Mat Nor yakin sangat tadi..Akhirnya kami sampai di Gambang ngam-ngam pukul 12.30..Mulanya tersesat jugaklah nak cari rumah pengantin..Yelah konfius dengan map yang Fazil, tapi dengan kepakaran Mat Nor sebagai anak Pahang yang sejati akhirnya kita orang sampai jugak ke rumah pengantin..Rumah Fadzil nie, tak silap saya merupakan kawasan
perumahan baru..
*Khemah depan rumah Fadzil..

Kacak sungguh Fadzil hari tu..Mengenakan pakaian baju bewarna Maroon..Macam seorang laksamana pulak sekali pandang..Makanan memang best lebih-lebih lagi orang tak ramai lagi so bolehlah kami makan dengan hati yang tenang dan gembira..Lepas makan kami nak ambil berkat..(apa salah nye kan, kalau saya ambil berkat sekali lagi he..he..)..dengan bergambar dengan pengantin...Ini gambar penagnti yang saya sempat rakamkan ari tu... Masing-masing sama cantik and sama padan kan...Habih bergambar kami..Mat Nor ajak gi Kuantan..Dia cakap dah tak jauh lagi..Kami pun ikut jelah..Memang betul tak jauh, sepelaungan dari rumah Fadzil rupanya..Jalan tak berapa jem kat Kuantan nie..(mungkin ari tu last cuti sekolah kot)..Mat Nor macam pemandu pelancong kita orang.. Tepat ku 2 kita orang sampai kat Teluk Cempedak...Subhanallah cantik sungguh pemandangan laut Cina Sealatan nie..Pantainya tak crowded, kalau Port Dickson, ari Ahad macam tu usah haraplah dapat pergi..takde parking beb...

Saya tak sabar-sabar terus berlari anak ke pantai nak merasa air laut Teluk Cempedak..Hmmm..Nyamannya sungguh, bak kata orang Sarawaknya..Dah menarik. tak crowded.Kat situ pun ada banyak kedai cendera mata..Saya sempat beli baju hawaii untuk Hakimi.

Kami jalan lagi menyusuri batu-batu di tepi pantai Teluk Cempedak nie.. Ramai orang berpikinik.."menarik jugak nie" kata Husam.."Jom kita pergi lagi tempat njie..Bermalam skali"kata Husam lagi.."Menarik jugak idea nie..Jomlah aku nak ikut skali"..Jawab Amat ITD..."Aku tak berani nak cakap, aku kena mintak permit dulu.."Jawab saya sambil Mat Nor tergelak besar...


















*Jejaka hensem tangah main air laut


*Gambar di ambil dari jejambat kayu


Dah pukul 2.30, kami sembahyang jamak dahulu kemudian terus pulang ke K.L..tapi sebelum tu kami singgah di tebing sungai Pahang untuk bergambar kenangan..Mat Nor bawa kereta memang laju, tapi Alhamdulillah sumanya selamat, kami sampai di K.L pukul 5.30..Esok keje..Jaga exam lak tu..Jumpa lagi di lain warkah.. Wassallam

Tuesday, August 5, 2008

Aku budak minang...

Hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga saya pulang ke kampung..Dah lama tak pulang ke kampung..Seolah-olah rumah lama mamanggil menyuruh pulang. Lebih-lebih lagi isteri tersayang heboh nak makan rambutan. Kalau pikirkan malas jugak nak pulang ke kampung nie yelah..Cabaran pertama melalui Bukit putus mempunyai banyak 'lap', macam litar lumba.Yang paling bosan sekali bila mengikut belakang lori.Punyalah slow..Nak memotong takut sebab tak nampak kereta.




Anyway, rumah saya terletak di Kampung Talang, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan..Banyak kenangan di rumah lama ini. Saya memang di lahirkan di Kuala Lumpur, tetapi sewaktu berusia dalam 3 tahun, saya mengikut ibu bapa bertukar tempat kerja di Seremban dan Kuala Pilah..Alasan ibu bapa saya bertukar ke Negeri Sembilan ialah untuk menjaga arwah datuk yang sedang sakit. Bermula dari situlah, saya bergelumang dengan cara hidup kampung, bermain lumpur di sawah, menangkap ikan dan sebagainya.



Saya tinggal di rumah ini sehingga tahun 2004, selepas arwah ibu tercinta meninggal..terasa rumah nie terlalu besar bagi kami, bibik pula dah berhenti. Jadi ayah mengambil keputusan untuk membawa kami tiga beradik pindah ke Seremban (rumah yang arwah ibu sempat beli)

Sedih memang sedih, nak buat camner..Banyak masalah lagi bila duduk di sana (Adat-perpatihnya dan sebagainya.)Jadi terbiarlah rumah nie..


Sewaktu saya pulang ke kampung, saya sempat mengambil gambar rumah untuk tatapan rakan-rakan sekalian..Kalau ikutkan 80% dari binaan rumah ini mengikut ciri-ciri minang kabau, cuma kalau kawan perhatikan betul-betul tanduk rumah ini dah tinggal satu, sebab dulu ayah nak buat rumah batu separuh jadi terpaksa robohkan tanduk yang satu lagi tu. Kalau kita teliti lagi yang bahagian bertanduk tu boleh di katakan yang ianya tidak menggunakan sebarang paku.


Rumah nie pulak terletak di atas bukit, di hadapan nya kita boleh lihat sawah padi..Tetapi sewaktu kami tiba, tiada lagi sawah padi.Dengar cerita penduduk kampung dah menyewakan tanah dia orang untuk tanaman jagung dan pisang.

Kadang-kadang saudara-mara suruh kami adik beradik duduk di rumah tu semula..Tapi apakan daya, kos nak membaiki segalanya tak termampu kami membayarnya..Insyaallah kalau ada rezeki nanti, atas nama pakatan adik beradik yang lain, rumah ini akan ceria kembali.





*rasa sedih nak teruskan cerita ini sebenarnya, teringat kat arwah ibu..Dan yang sedih jugak tengah menulis tadi Che We (Ustaz Wan Ariff) declare yang bulan ini merupakan bulan terakhirnya di sini..Anyway, all the best Che We in your future life.